Kenyataan Ketua Audit Negara, Dr Madinah Bersifat Politik, Dibuat Atas Arahan Kerajaan – Shafee & Co - pakdin.my

Firma guaman, Shafee & Co, yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mendakwa pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad berhubung tindakan Najib mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda adalah bersifat politik.

Firma guaman itu turut mendakwa, kenyataan Dr. Madinah tersebut di buat atas arahan Kabinet.

“Dengan pengakuannya sendiri, kenyataan media Ketua Audit Negara yang disiarkan pada pagi Ahad dibuat atas arahan Kabinet.

“Ini seperti menunjukkan terdapat pertimbangan politik dalam mengeluarkan kenyataan media itu,” katanya menerusi satu kenyataan seperti disiarkan portal Malaysiakini, hari ini.

Dr. Madinah hari ini dilaporkan mengesahkan laporan akhir pengauditan 1MDB telah dipinda atas arahan Najib.

Dalam pada itu, Shafee & Co juga berkata, kenyataan oleh Ketua Audit Negara itu yang turut tidak disertakan dengan dokumen lain akan memberi gambaran terdapat percubaan untuk menutup sesuatu, yang mempengaruhi perbicaraan mahkamah kes rasuah yang berkaitan 1MDB.

“Kenyataan media Ketua Audit Negara dibaca oleh sesiapa saja tanpa dokumen atau testimoni berhubung 1MDB, memberi gambaran anak guam kami cuba menutup kesalahan yang didakwa dilakukan dalam 1MDB dan (berkaitan) Jho Low.

“Ia hanya boleh diterjemahkan sebagai percubaan untuk mempengaruhi pendapat orang awam dan prejudis terhadap anak guam kami sebelum perbicaraan yang juga boleh dianggap menghina mahkamah kerana terdapat unsur percubaan prejudis terhadap pembelaan anak guam kami,” kata kenyataan itu lagi.

Tambah kenyataan tersebut, sebarang kenyataan yang dibuat, terutamanya oleh kerajaan, perlulah mengambil kira hak Najib untuk mendapatkan perbicaraan bebas tanpa pengaruh politik

UTAMAEDITORIAL1MDBKenyataan Ketua Audit Negara, Dr Madinah Bersifat Politik, Dibuat Atas Arahan Kerajaan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium