Kenyataan Lim Guan Eng berkaitan kerjasama UMNO-PAS berbaur hasutan – Ka Siong - pakdin.my

Belum pernah dalam sejarah Malaysia, seorang ahli politik membuat kenyataan menghasut seperti Lim Guan Eng yang mengatakan kerjasama UMNO dan PAS sebagai pengisytiharan perang antara kaum. Sokong atau tidak sokong kerjasama seumpama ini, itu adalah hak dan pilihan masing-masing.

Sekiranya kenyataan ini keluar daripada mulut rakyat biasa, pasti mereka ditangkap oleh polis kerana menghasut.

Tetapi sebagai seorang Menteri Kabinet, sudah tentu Guan Eng terlepas daripadanya.

Kenyataan Guan Eng ini langsung tidak boleh diterima dan beliau harus dipertanggungjawabkan di atas hasutan yang menjurus kepada kebencian antara kaum serta menjejaskan keharmonian negara.

Apabila anda secara terbuka menyebut ia sebagai pengisytiharan perang maka anda sebenarnya sedang menambah api kemarahan.

Anda juga secara tidak langsung telah menjemput pihak lawan untuk menyambut “pengisytiharan perang” tersebut.

Saya tidak dapat membayangkan implikasinya jika Guan Eng tidak menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka.

Sudah tentunya ramai yang akan mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat Guan Eng kerana menghasut.

Saya ingin mengingatkan Guan Eng bahawa PAS dan DAP pernah bekerjasama sebelum ini. Malahan, mereka pernah sama-sama membentuk Kerajaan Selangor selama 2 penggal.

Namun kini, PAS telah memilih rakan baharu untuk bekerjasama dalam politik.

Bidaslah PAS dan UMNO sekiranya benar dakwaan Guan Eng itu tetapi bukanlah dengan cara mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan menggunakan frasa pengisytiharan perang antara kaum.

Apa perasaan orang bukan Melayu apabila mereka membaca kenyataan anda?

Apa pula tindakan orang Melayu apabila mereka membaca kenyataan pengisytiharan perang anda itu?

Jadilah seorang ahli politik yang bertanggungjawab.

Facebook Wee Ka Siong

UTAMAPOLITIKKenyataan Lim Guan Eng berkaitan kerjasama UMNO-PAS berbaur hasutan - Ka Siong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium