KENYATAAN MEDIA DATO’ AB AZIZ KAPRAWI, TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN BERKAITAN KEMALANGAN BAS EKSPRES YANG MENGORBANKAN 14 NYAWA - pakdin.my

KENYATAAN MEDIA DATO’ AB AZIZ KAPRAWI, TIMBALAN MENTERI PEBGANGKUTAN BERKAITAN KEMALANGAN BAS EKSPRES YANG MENGORBANKAN 14 NYAWA

Saya terkejut dan sedih bila dikhabarkan tentang kemalangan maut di KM 136.4 PLUS Highway dari arah Yong Peng – Pagoh membabitkan Bas Alisan dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Bas terhumban ke terowong Kg Jayor, Pagoh. Maklumat awal yang diterima, 13 maut, 17 lagi cedera.

Takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat.

“Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali.”

Saya telah hubungi pihak JPJ untuk bekerjasama dengan Polis Trafik dan PLUS dalam siasatan bagi mencari punca kemalangan.

Saya juga telah minta pihak JPJ agar membuat pemeriksaan rapi ke atas bas-bas ekspres dan memantau tahap kesihatan pemandu bas.

Bagi pengguna jalanraya, ini adalah peringatan buat kita semua agar lebih berhati-hati dan cermat dalam pemanduan.

Pandu cermat, jiwa selamat #SafeSteps

Ab Aziz Bin Kaprawi
Timbalan Menteri Pengangkutan

20161224-bas-alisan-kemalangan-muar-3

UTAMABERITAKENYATAAN MEDIA DATO' AB AZIZ KAPRAWI, TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN BERKAITAN KEMALANGAN BAS...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium