KENYATAAN MENGENAI IMBUHAN & BAYARAN YANG DITERIMA BALU ALLAHYARHAM KAPTEN HASMAN - pakdin.my

balu-tentera-tuntut-janji.jpg

Berhubung kenyataan Balu kepada Allahyarham Kapten Hasman, Pn. Hazwani yang mendakwa beliau tidak menerima imbuhan yang setimpal daripada pihak ATM, saya ingin memaklumkan bahawa ATM telah menjelaskan bayaran dan imbuhan yang sepatutnya berdasarkan syarat perkhidmatan arwah suami beliau selama 8 tahun.

Sejak awal tahun lalu, jumlah yang telah diterima oleh Pn Hazwani ialah sebanyak RM274,542.49. Ini termasuklah pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR). Selain itu, beliau turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan (pencen terbitan bulanan).

Bagaimanapun, sekiranya imbuhan dan bayaran yang diterima masih belum mencukupi, saya sedia mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga termasuk pihak industri pertahanan bagi membantu beliau dan anak-anak.

Sesungguhnya, isu kebajikan anggota sangat dekat di hati saya. Semoga segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

HISHAMMUDDIN HUSSEIN
Menteri Pertahanan Malaysia
2 Sept 2016

UTAMAKENYATAAN MENGENAI IMBUHAN & BAYARAN YANG DITERIMA BALU ALLAHYARHAM KAPTEN HASMAN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium