30.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Kenyataan Muhyiddin Selasa Lepas Tidak Merujuk Klip Video 1 Hari Di Hari Raya

Ramakan menunjukkan Chetz menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.
Ramakan menunjukkan Chetz menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak merujuk secara khusus kepada sebuah klip video dalam laman YouTube bertajuk ‘1 Hari di Hari Raya’ ketika membuat peringatan supaya tidak ada mana-mana pihak terus menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataannya Selasa lepas hanya membuat kenyataan secara umum.

Bernama dalam laporan sebelum ini mengatakan bahawa peringatan Muhyiddin itu merujuk kepada klip video yang memaparkan seorang individu membasuh tangan dan kakinya seperti mengambil wuduk dan kemudian melakukan perkara yang sama kepada tiga ekor anjing.

Muhyiddin juga dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di Putrajaya tidak menyebut secara khusus bahawa orang bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama Islam seperti dipetik laporan yang sama.

Beliau menggunakan perkataan “sesetengah pihak telah memperlekehkan dan mempersendakan agama kita” sejak akhir-akhir ini dan berharap ia tidak berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain.

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..