32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Mengenai Operasi Mencari #MH370 – 28/03/2014 (video)

MH370-hishamuddin-pc-28032014-gs

BERIKUT kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, di Kuala Lumpur, hari:

 

 

Hari ini, pencarian MH370 diperhalusi lagi. Pasukan penyiasat antarabangsa terus berusaha mengecilkan kawasan carian dan seterusnya memberikan petunjuk bagi laluan penerbangan MH370. Kami, seperti biasa, berterima kasih atas kerjasama rakan kami yang berterusan dalam usaha mencari yang sukar dan intensif.

Sementara operasi mencari berterusan, kami terus menumpukan usaha kami berhubung penjagaan anggota keluarga. Dalam kabinet pagi ini, kami berbincang mengenai kepentingan membantu sanak saudara penumpang dan anak kapal.


Menghalusi kawasan pencarian

Pada Isnin, Perdana Menteri mengumumkan bahawa berdasarkan analisis data baharu, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Pada Selasa, saya mengesahkan kajian lanjut data itu akan dijalankan dalam usaha untuk menentukan kedudukan muktamad pesawat. Pasukan penyiasat Malaysia menubuhkan kumpulan kerja antarabangsa, terdiri daripada agensi-agensi dengan kepakaran dalam komunikasi satelit dan prestasi pesawat, untuk membawa usaha ini lebih ke hadapan.

Kumpulan kerja antarabangsa ini termasuk wakil-wakil Inmarsat, AAIB, dan Rolls Royce; dari UK, CAAC dan AAID; dari China, dan NTSB, FAA, dan Boeing; dari Amerika Syarikat dan juga pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan.

Kumpulan itu berusaha untuk menghalusi data Inmarsat, dan untuk menganalisisnya – bersama-sama dengan maklumat yang lain, termasuk data radar dan andaian prestasi pesawat – untuk mengecilkan kawasan carian.

Maklumat yang telahpun dikaji melalui siasatan dikaji semula berdasarkan bukti baharu yang diambil daripada analisis data Inmarsat.

Sebagai tambahan, rakan-rakan antarabangsa – yang terus memproses data di negara masing-masing, dan begitu juga dalam kumpulan kerja antarabangsa – telah menghalusi data sedia ada. Mereka juga mengemukakan maklumat teknikal baharu, sebagai contoh berhubung prestasi pesawat.

Semalam, proses ini menghasilkan keputusan baharu, yang menunjukkan bahawa MH370 terbang pada kelajuan tinggi berbanding anggapan sebelum ini, yang bermakna ia menggunakan lebih banyak minyak dan tidak boleh bergerak jauh. Maklumat ini diberikan kepada RCC Australia oleh NTSB, bagi membantu menghalusi dan mengecilkan lagi kawasan carian.

Pihak berkuasa Australia menyatakan bahawa mereka mengalihkan kawasan carian kira-kira 1,100 kilometer ke timur laut, disebabkan aliran laut kawasan pencarian ini masih konsisten dengan objek-objek berpotensi yang dikenal pasti oleh pelbagai imej satelit sejak minggu lalu.


Usaha ini terus berjalan, dan kami boleh menjangka ia diperhalusi lagi. Seperti yang dikatakan pihak berkuasa Australia pagi tadi, ini merupakan amalan standard dalam operasi mencari.

Ia merupakan satu proses berterusan untuk menghalusi data dan seterusnya mengecilkan kawasan carian. Dengan setiap langkah, kami semakin hampir untuk memahami laluan penerbangan MH370.

Usaha mencari perlu dijalankan melalui maklumat terbaik yang ada pada masa itu. Dalam usaha mencari MH370, kami secara konsisten mengikuti bukti dan bertindak berdasarkan petunjuk yang boleh dipercayai.

Usaha mencari dan menyelamat kami berpandu kepada maklumat yang telah disahkan dan disokong. Kawasan carian yang merupakan perbaikan terkini juga tiada bezanya.

Imej-imej satelit

Malam tadi, pihak berkuasa Jepun mengumumkan mereka mempunyai imej-imej satelit yang menunjukkan sejumlah objek-objek yang terapung kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth.

Awal pagi ini, kami menerima imejan satelit berasingan dari pihak berkuasa Thai yang juga menunjukkan objek-objek yang berpotensi.

Imej-imej baharu satelit ini menyertai imej yang dikeluarkan Australia, China, Perancis dan Malaysia, kesemuanya ada dengan RCC Australia. Pelbagai objek yang berpotensi dan kesukaran mengenal pastinya semula menunjukkan betapa rumitnya siasatan ini.


Kami amat berterima kasih kepada semua rakan-rakan kami untuk terus membantu dalam operasi mencari.

Kawasan carian yang baharu, kira-kira 1,680 kilometer di barat Perth, kekal di kawasan yang menjadi tanggungjawab Australia.

Australia terus mengetuai usaha mencari di kawasan baharu ini dan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia memberikan maklumat operasi terkini yang kompreghensif awal hari ini. Dengan lebih banyak maklumat yang muncul, kami akan terus mengeluarkan maklumat terkini operasi dengan kerap, termasuk aset-aset yang digunakan.

Saya ingin menguar-uarkan kenyataan mereka bahawa kawasan baharu carian, walaupun lebih fokus daripada sebelum ini, tetap penting dan bahawa keadaan usaha mencari, walaupun lebih mudah berbanding sebelum ini, tetap mencabar.

Bagi anggota keluarga penumpang pesawat, kami berharap dengan pemprosesan data selanjutnya dan kemajuan dalam usaha mencari itu sendiri, membawa kita lebih dekat untuk menemui MH370.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...