26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

KENYATAAN RASMI KKM: JANGAN MUDAH SANGAT PERCAYA CAKAP PAKAR HOSPITAL MEDIA SOSIAL PASAL PESAKIT BAYAR PENUH HOSPITAL KERAJAAN (FPP)

Letih dengan sikap manusia yang cepat percaya dengan propaganda pembangkang dalam banyak perkara.

Bila terbukti tidak benar pun masih ada yang berpegang kepada fitnah tersebut.

Bukan sahaja di sebar oleh pembangkang tetapi oleh kalangan kepimpinan bawahan parti pemerintah sendiri. Nak tunjuk bangga dia sahaja lah yang tahu dan ada maklumat dalaman negara kononnya.

Satu lagi golongan,  ejen insuran, mengelirukan orang  ramai untuk menjual insurans mereka. Itu ke cara cari rezeki halal untuk bagi keluarga makan?

————

KENYATAAN AKHBAR
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN CAJ RAWATAN DI HOSPITAL DAN
KLINIK KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sejak akhir-akhir ini timbul salah faham di kalangan orang awam mengenai caj rawatan di hospital dan klinik KKM serta caj Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) yang telah tersebar di media sosial.

Kementerian ingin menjelaskan bahawa caj rawatan yang dikenakan ke atas pesakit warganegara di hospital dan klinik kesihatan adalah sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 manakala caj yang perlu dibayar oleh pesakit sekiranya mereka MEMILIH untuk mendapatkan perkhidmatan PPBP adalah berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) Pesakit Bayar Penuh 2007.

Sehubungan itu, caj yang dikenakan kepada pesakit luar adalah masih sebanyak RM1.00 sahaja di Jabatan Pesakit Luar Am dan RM5.00 sahaja di Jabatan Pesakit Luar Pakar, yang merangkumi pendaftaran, perundingan, ubat-ubatan dan segala siasatan.

Manakala perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh KKM semasa penganjuran karnival dan kempen kesihatan adalah secara percuma. Selain itu, perkhidmatan yang diberikan melalui klinik bergerak samada melalui pengangkutan darat, laut atau perkhidmatan doktor udara juga adalah secara percuma.

Pengecualian caj rawatan hospital turut diberikan kepada pesakit yang menghidap penyakit berjangkit manakala ibu-ibu yang menjalani rawatan antenatal dan postnatal dan kanak-kanak di bawah umur satu tahun dikecualikan daripada caj pesakit luar. Kanak-kanak pra sekolah pula dikecualikan daripada caj rawatan pergigian (selain alat ortodontik), imunisasi dan vaksinasi.

Kerajaan juga memberi pengecualian caj pesakit luar kepada warga emas dan pengurangan caj 50% jika dimasuk ke wad dengan jumlah bayaran MAKSIMUM sebanyak RM250 sahaja. Antara golongan-golongan lain yang telah diberi pengecualian adalah seperti golongan OKU, penerima bantuan kebajikan, pelajar sekolah, penderma darah dan penderma organ juga diberi pengecualian daripada caj rawatan.

Walau apapun, bagi memastikan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang memerlukan rawatan perubatan tetapi tidak mampu membayar caj yang dikenakan, Kerajaan telah menetapkan peraturan bahawa pesakit yang tidak mampu membayar caj rawatan boleh memohon untuk dikecualikan daripada membayar sepenuh atau sebahagian daripada caj yang dikenakan.

Maka adalah jelas bahawa Kerajaan akan terus komited untuk menjaga kebajikan kesihatan rakyat.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SERI DR. CHEN CHAW MIN
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia

8 November 2016

20161020-skim-bayaran-penuh-pesakit-kkm-711746

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...