27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Kepakaran Malaysia Diperlu Untuk Bangunkan Tiga Bidang Di Kemboja

Seminar Nusantara: Islam di Asia Tenggara Cabaran dan Harapan –

Perasmian-Seminar-NusantaraKepakaran dan bimbingan Malaysia diperlukan untuk membantu membangunkan sistem pendidikan, institusi zakat dan industri halal di Kemboja.

Anggota Parlimen Kemboja Zakaryya Adam berkata Malaysia merupakan negara model terbaik yang boleh dicontohi kerana terbukti berjaya mengembang dan memperkukuhkan sistem ekonomi Islam sehingga diakui di serata dunia.

“Kami harap kerajaan Malaysia termasuk pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi swasta dapat datang membantu dan membimbing kami (Kemboja) dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang baik, sistematik dan cekap,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu beliau membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam di Indochina: Pembangunan Sosioekonomi Muslim Kemboja’ pada Seminar Nusantara: Islam di Asia Tenggara Cabaran dan Harapan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Ahad.

Zakaryya berkata buat masa ini, Kemboja berhasrat memberi tumpuan kepada tiga bidang industri berkenaan dan berharap satu kerjasama erat antara dua negara dapat dicapai dalam masa terdekat.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan