Kepala putus motosikal terbabas #pakdin.my

kepala-putus-motorsikal-terbabas

Johor Bahru: Seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun maut selepas kepalanya terputus akibat kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Persisiran Pantai Nusajaya di sini, kira-kira 4.25 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di lokasi nahas.

“Pada semalam kira-kira 4.25 pagi ada kemalangan maut berlaku di jalan berkenaan dan mangsa yang putus kepala meninggal di lokasi berkenaan serta merta.

“Punca kemalangan akibat mangsa gagal mengawal motosikal dan dipercayai menunggang laju ketika itu.

“Terdapat kesan darah pada besi penghadang dan mangsa dibawa ke hospital di Kulaijaya untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berkaitan