29.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Keputusan Khalid belakangkan kerajaan negeri dan parti kata Azmin

Azmin mungkin jadi mangsa percaturan Khalid menjelang pemilihan PKR
Azmin mungkin jadi mangsa percaturan Khalid menjelang pemilihan PKR

Tan Sri Khalid Ibrahim banyak membelakangkan kerajaan negeri dan juga parti dalam melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini bukan cakap atau pandangan orang lain tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor selepas melihat tndak tanduk Khalid belakangan ini.

Menurut Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali, tindakan yang diambil Khalid dalam membuat keputusan-keputusan kebanyakannya tidak dibuat secara kolektif seperti yang dijanjikan PR sebelum ini.

Menurut beliau, amat perlu untuk Khalid mengingat semula janji yang pernah diberikan kepad rakyat berkenaan memutuskan apa juga tindakan dan keputusan terutamanya melibatkan rakyat negeri Selangor.


Sebagai contoh katanya pestrukturan semula air di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 seperti yang diumukan Khalid minggu lalu selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

“Tidak benar MB vs PKR Selangor, cuma parti berpendapat bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri mesti secara koletif dan tidak boleh secara unilateral.

“Dan ini adalah janji-jani atas nama PR menjelang PRU yang lalu, bukan janji individu, maka PR khususnya Keadilan memikul risiko y diambil, sebab itu kita mahu MB untuk memastikan dasar yang diputuskan kerajaan negeri mesti selari dengan hasrat PR di peringkat negeri dan pusat,” jelasnya kepada bnbbc.my

Seperti yang umum tahu, beberapa siri teguran telah disuarakan kepada Khalid dari pimpinan PKR Selangor mengenai urusan pentadbiran beliau yang disifatkan banyak membelakangi pimpinan PKR negeri itu.

Antaranya melibatkan pelantikan Faekah Hussin selaku pentadbir syarikat konsesi air yang jelas menimbulkan ketidak selesaan PKR Selangor dari segi kelayakan beliau memegang posisi itu.

Menurut Azmin, adalah lebih wajar jawatan itu dipegang oleh tokoh yang mempunyai kredibilti dan pengalaman dalam menguruskan industri air di Selangor agar ianya memihak kepada rakyat.


“Dari semasa ke semasa memang kami ada bagi pandangan. Pandangan yang diberikan adalah untuk membantu pentadbiran negeri Selangor, jauh sekali untuk meruntuhkan.

“Sebagai contoh, dalam isu air ini kita meletakkan syarat, dua pentadbir mesti ada wakil dari kerajaan negeri Selangor, cuma yang menjadi pertikaian sekarang ini adalah pelantikan orang yang berwibawa.

“Tetapi kita merasakan pelantikan Faekah mesti dikaji semula untuk memastikan wakil daripada kerajaan negeri itu sekiranya dibenarkan kerajaan persekutuan mestilah sesorang yang mempunyai kelayakan yang berwibawa dan tidak boleh dipertikaikan untuk menjaga kebaijkan negeri Selangor,” katanya lagi.

Tambah Azmin lagi yang juga merupakan ADUN Bukit Antarabangsa itu, pelantikan yang mewakili kerajaan negeri mestilah seseorang yang benar-benar boleh menjadi wakil bagi pihak pentadbiran negeri bagi memastikan segala keputusan yang diambil tidak akan berat sebelah.

“Ini pendirian parti, bukan soal peribadi untuk menidakkan seseorang, tetapi pendirian majlis pimpinan PKR Selangor, dan juga biro politik mengambil ketetapan, sekiranya ada keperluan melantik pentadbir air dari kerajaan negeri, mereka mestilah di kalangan tokoh yang mempunyai kemahiran dan kewibawaan dalam mengendalikan industri air ini,” ujarnya.


Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, tugas dan tanggungjawab berkenaan sungguh besar untuk mempertahankan hak rakyat negeri Selangor.

“Sebab itu kita mahu seorang tokoh yang berwibawa dan berkelayakan untuk mewakili kerajaan negeri,” jelas Timbalan Presiden PKR itu.

Keputusan Khalid dalam isu air ini mengundang reaksi negatif dari pimpinan PKR Selangor yang terkejut dengan pusingan ‘U’ diambil beliau.

Antara pihak yang mempertikaikan keputusan yang diumumkan Khalid ialah Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan juga Azmin sendiri.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...