25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2020

Keputusan malam ini. Ahmad isytihar dirinya ‘Presiden Mesir’

Sekiranya Ahmed Shafik menang bermakna majoriti rakyat Mesir menolak revolusi jalanan.
Tiada alasan untuk mengaitkan pilihanraya yang tidak adil.

KAHERAH – Sementara rakyat Mesir dan seluruh dunia menanti keputusan rasmi pusingan kedua pemilihan presiden negara itu, bekas Perdana Menteri Ahmed Shafik membuat deklarasi ‘terbuka’ menerusi laman sosial Facebook bahawa dirinya – “Presiden Ahmed Shafik, Mesir 2012.”

Keputusan itu dijadual akan diumumkan oleh suruhanjaya pemilihan presiden pada jam 9 malam ini (waktu Malaysia).

Ahmed, yang dikaitkan dengan rejim bekas Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan awal tahun lalu, membuat deklarasi ini ketika muncul laporan bercanggah siapa yang memenangi pemilihan presiden.

Minggu lalu, beliau dan wakil Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan, Mohammed Morsi mendakwa telah memenangi pemilihan julung kali diadakan ini.

Keputusan itu sepatutnya diumumkan Khamis lalu tetapi ditangguhkan.

“Adakah kita benar-benar akan mengadakan satu revolusi jika Ahmed menang?” soal novelis disegani Alaa al-Aswany menerusi Twitter, dipetik oleh laporan CNN.

Berita Berkaitan

Sanggah campur tangan Agong, UMANY serlah kebiadaban

Tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mempersoal Yang di-Pertuan Agong (YDPA),...

Lelaki bersenjata pisau bunuh 3 orang awam di gereja Perancis

NICE: Seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah gereja di sini membunuh tiga orang awam,...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Komen

..