Kes Liwat – Keputusan Panggil Anwar Bela Diri 16 Mei

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan 16 Mei ini, sama ada akan memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri, atau dibebaskan, bersabit kes liwat yang dihadapinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu pagi tadi, pada akhir hujah pendakwaan.

Semalam, pendakwaan memberitahu mahkamah, profile DNA lelaki “Y” yang ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, sepadan dengan Datuk Seri Anwar.

Peguam Cara Dua Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden turut memberitahu, ia berpadanan dengan profil DNA  yang diambil dari berus gigi puteh, tuala kecil `good morning’ dan botol plastik air mineral, yang diambil dari lokap tempat pemimpin pembangkang itu ditahan semalaman.

Datuk Seri Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here