31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong sesiapa (i.e. sama ada menyokong Anwar atau menarik balik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional) bukan bermakna beliau (Zahid) atau UMNO menyokong pembentukan kerajaan yang baru dengan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sebab jika Ahli-ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan daripada kerajaan atau menjadi berkecuali, maka Anwar masih tidak boleh jadi Perdana Menteri secara automatik.

Ini kerana besar kemungkinan Parlimen akan dibubar untuk pilihanraya yang baru.

Oleh itu keputusan Presiden UMNO semalam adalah suatu langkah yang bijak dan betul ke arah pembubaran Parlimen dan pilihanraya yang baru secepat mungkin untuk mengakhiri impasse dan ketidakstabilan politik dan ekonomi yang kita hadapi sekarang demi kepentingan rakyat dan negara.

Anwar Ibrahim semalam mengumumkan yang dia mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Enam bulan lepas, Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan yang dia mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan lantas kerajaan telah bertukar tangan.

Jika Anwar Ibrahim berjaya mengumpul cukup Ahli-ahli Parlimen kali ini, maka kerajaan akan jatuh dan bertukar lagi dan dia pula mahu jadi Perdana Menteri.

Dan enam bulan akan datang apabila seorang lagi pemimpin yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri memujuk Ahli-ahli Parlimen untuk berubah fikiran lagi, maka kerajaan akan bertukar tangan sekali lagi dengan tidak melalui pilihanraya.

Mungkin selepas ini Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir atau Dr. Mahathir sekali lagi tunggu giliran untuk jadi Perdana Menteri dengan cara ini.

Sementara itu jumlah kes COVID-19 meningkat semula dengan 147 kes baru direkod semalam.

Keadaan ekonomi pula semakin tidak menentu; semalam pasaran saham Kuala Lumpur telah jatuh di bawah paras 1,500 mata dengan berita pertukaran kerajaan oleh Anwar Ibrahim.

Beberapa hari lagi moratorium akan tamat dan rakyat akan mula membayar ansuran bulanan kepada bank, walaupun ekonomi dijangka menyusut -5.5 peratus tahun ini dengan lebih 745 ribu orang ketiadaan kerja.

Pengumuman Anwar Ibrahim semalam dan reaksi rakyat dan pasaran terhadapnya adalah satu simptom yang menunjukkan hakikat bahawa kerajaan hari ini sememangnya tidak stabil dan boleh jatuh pada bila-bila masa.

Selagi ini berlaku maka kerajaan mungkin akan bertukar tangan setiap enam bulan dan ketidakstabilan politik akan berterusan.

Sesiapa pun yang jadi kerajaan dalam situasi ini tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi dan ia akan menerukkan lagi keadaan hidup rakyat.

Sebab itu dari dahulu saya telah mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan untuk menyerahkan mandat semula kepada rakyat melalui pilihanraya supaya kerajaan baru yang lebih stabil dapat dibentuk.

Jika keputusan pilihanraya ini sama iaitu 50:50 seperti sekarang sekali pun, sekurang-kurangnya rakyat berpuas hati kerana mereka sendiri yang memilih kerajaan baru ini dengan dasar-dasar yang dimandati oleh mereka.

Oleh: ISHAM JALIL






Berita Berkaitan

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan