Keracunan Jemaah Kota Suci Syiah: Arab Saudi panggil Duta Iran - pakdin.my

Jemaah Syiah di kota suci Mashhad, Iran
Jemaah Syiah di kota suci Mashhad, Iran

Arab Saudi telah memanggil Duta Iran bagi mendapatkan penjelasan membabitkan satu kejadian keracunan beramai-ramai di negara itu sehingga mengorbankan empat kanak-kanak dan 28 jemaah Arab Saudi ke negara Syiah itu jatuh sakit, kata media rasmi Iran baru-baru ini.

“Riyadh memanggil wakil kedutaan itu bagi menyuarakan kebimbangannya membabitkan insiden tersebut dan berharap pihak berkuasa Iran dengan segera dapat melakukan prosedur siasatan bagi mendedahkan keadaan sebenar,” kata Ketua Divisyen Informasi Kementerian Luar, Osama Nugali, petik agensi Saudi Press.

Laman web Press TV Iran melaporkan bahawa kejadian keracunan itu berlaku di bandar Mashhad, yang merupakan kota suci negara Syiah berkenaan.

Agensi berita itu memetik Ketua Hospital Iman Reza, Abdollah Bahrani di Mashhad sebagai berkata, seramai 33 orang jemaah Arab Saudi ke Iran dimasukkan ke hospital pada hari Ahad kerana mengalami simptom-simptom keracunan. Seramai empat kanak-kanak maut.

Jemaah itu kini menetap di sebuah hotel di Iran, tambah Press TV.

Peguam pendakwa raya bandar Mashhad, Gholam Ali Sadeqi berkata, satu siasatan telah dijalankan namun tiada bukti awal dari insiden berkenaan ditemui.

Kejadian keracunan itu berlaku dalam keadaan kedua-dua negara sedang tegang membabitkan kumpulan Sunni, Arab Saudi dan saingan serantaunya Iran.

Arab Saudi yang mengetuai tentera pakatan negara Arab sejak lebih dua bulan lalu telah mengebom kumpulan pemberontak Syiah yang disokong Iran di Yemen.

UTAMADUNIAKeracunan Jemaah Kota Suci Syiah: Arab Saudi panggil Duta Iran

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium