Tuesday - August 3, 2021 @ 13:07
POLITIKKERAJAAN AKAN TERUS BANTU RAKYAT WALAUPUN DIHINA - NAJIB

KERAJAAN AKAN TERUS BANTU RAKYAT WALAUPUN DIHINA – NAJIB

Kerajaan akan terus menghulurkan bantuan kepada rakyat sebagai satu tanggungjawab walaupun dihina dan ditohmah sebagai ‘memberi dedak’ kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata dakwaan pihak tertentu itu adalah satu penghinaan kepada rakyat sedangkan kerajaan mengutamakan kemaslahatan rakyat itu merupakan satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi.

“Beri bantuan pada rakyat adalah tanggungjawab…sebab itu saya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak kisah apa yang orang hendak cakap kerana yakin akhirnya rakyat tahu apa yang dibuat adalah untuk kemaslahatan mereka.

“Alhamdulillah di Malaysia ini kita dapat mara ke hadapan kerana rakyat memilih kerajaan yang mengutamakan kemaslahatan, kebajikan dan kepentingan rakyat,” katanya semasa berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan bersama di Masjid Putra di sini, Sabtu.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail.

Program Nur Ramadan merupakan acara tahunan yang dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan sejak 2009 bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kerajaan dengan komuniti setempat membabitkan 13 kawasan Parlimen iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Najib berkata serangan serta tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan tidak menjejaskan keyakinan rakyat seperti dibuktikan melalui kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

Beliau berkata kemenangan itu membuktikan rakyat memiliki keyakinan kepada kerajaan, tahu menilai dan akhirnya membuat keputusan memilih parti yang terbukti berjaya dalam menjaga kemaslahatan rakyat keseluruhannya.

Untuk tahun ini, sebanyak RM1.3 juta diperuntukan kementerian itu dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Al Bukhary, Yayasan Wilayah Persekutuan dan syarikat-syarikat korporat bagi menjayakan program itu.

Pada majlis itu, Perdana menteri turut menyaksikan penyerahan sumbangan RM10,000 kepada Masjid Putra oleh Yayasan Wilayah Persekutuan bagi tujuan menaiktaraf kemudahan dan program pembangunan ummah.

Berkaitan:

145 COMMENTS

  1. Yg kaya ada pernigaan besar2 hari2 lalu tol bayar lebihlah. Berniaga transpor tu sapa lori van banyak guna minyak banyak kaya raya hidup mewah bayar lebeh sikit .gst biarlah dia bayar lebah sikit dia orang tak payah fikir tentang import eksport dn masalah ekonomi negara dn perhubongan diplomatik dengan negara lain. Rakyat bayar gst tak berapa pun .kerajaan ambil lebihan cukai tdi yg dipungut di ageh3kan kt rakyat yg peringkat bawahan ni pun ada yg kata kerajaan bawah najib tak baik klau dulu mader pm kutib juga lg banyak dia suwastakan itulah inilah tulah modal dia rakyat suka ke tak suka ke janji dia senang kelirukan semua. Tulah siapa soal dia sikit kena pecat lg zalim.

  2. ada jgk cacai dedak buta tuli. dlu x da gst kenapa negara blh maju? kos sara hidup sedehana blh ada jgk projek mega. ringgit kukuh. skrg apa jd ada gst brang mhal kos sara hdup tinggi. sejak najib ambik yahudi jd penasihat negara dh melingkop. ada petronas pn dh nk tergadai. ada memteri pn kaki bodek. ada PM pndai pusing

  3. Kebahagian dari perbuatan kau orang lah kami yang menderita….Rakyat……jangan dok keletong laaa…..Cina juga yang hutung….naik harga barang sesuka hati…ada kau kesah…yang kau banggakan melayu seorang demi seorang kau jatuhkan….ney lah melayu demi kepetingan apa saja mereka sangup lakukan….ramai menderita demi KERAJAAN….ada kah dia orang kesah…jangan la dok bangga sangat bila pecat orang….ney semua bukan orang2 yang berILMU….yang tak kenal diri sendiri….ney nak balik esok dia bungkus dengan 3helai kain putih je….dia tak kira sapa lu….jangan lah lupa asal usul kita yeee…..

  4. Hanya dengan BRIM dan sogok dedak kau kata jau tolong rakyat.apa yg kau buat untok negara??? Kau jual aser negara hutang bertambah rakyat yg uruskan,GST pon rakyat yg susah,subsidi kau bubarkan,tol naik,harga barang naik,mahasiswa/wi kau bubar kan.semua duit masuk account kau.dan buruk sekali kau bagi pengundi rm30 dan suruh bersumpah untok undi bn,itu yg kau namakan bantu?entah brape banyak pulak ahli2 menteri dan ulamak dan kau tabur dedak.hey najis,melayu zaman sekarang bukam melayu zaman bapak kau si razak.
    Melayu skrang pegi sekola tau,bukan bodoh mcm kau tabur dedak..ingat mati ingat dosa.najis tetap najis

  5. Bantu mamang bantu , bantuan yang di berikan itu Tidak lain daripada hasil GST , dan hasil GST tu darimana datang nya ? Ya itu daripada orang-orang yang susah dan berpendapatan randah , sebagai contoh BR1M dari mana datang wang 30b , bukan kah wang ini datang daripada orang susah dan berpandapatan rendah . setiap kali saya berbelanja pasti di kena kan GST walau pun beli sebuku roti, susu, dan lain-lain barang . Apa kah ini yang di katakan bantuan daripada kerajaan .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here