Kerajaan Baharu: Drama berterusan - pakdin.my

Saya bukan tahu segala-galanya. Namun perkembangan terbaru pagi ini menyatakan Pakatan Harapan mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad boleh memberi beberapa kemungkinan.

1. TSMY telah ada sokongan lebih dari cukup. Maka Mahathir, Syed Saddiq dan kumpulan kecilnya perlu menjaga maruah apa yang mereka perjuangkan sejak 2015. Peralihan sokongan kumpulan kecil ini tidak menjejaskan kerajaan TSMY.

2. Ia juga bagi menunjukkan Mahathir tetap setia dengan perjuangan PH. TSMY yang mengkhianati PH. Maka prinsip Mahathir kekal teguh pada mata rakyay.

3 . Ini juga sebagai langkah berjaga-jaga. Sokongan politik boleh berubah-ubah. Kemungkinan Anwar mendapat sokongan cara nakal tidak dapat ditolak. Jadi apabila PH mencalonkan semula Mahathir maka tiada kemungkinan Anwar akan menang. Jika PH cukup sokongan pun Mahathir yang akan menjadi PM bukan Anwar.

4. Ini juga tindak balas Mahathir kerana tidak mahu beberapa individu yang dicalonkan UMNO berada dalam kabinet. Jika ini berlaku YDPA mungkin akan campur tangan menentukan pembentukan kabinet TSMY.

5. Apa pun saya fikir YDP Agong tidak wajar mempertimbangkan Dr Mahathir kembali sebagai PM. Jawatan PM adalah satu institusi yang tidak sepatutnya dipermainkan oleh Dr Mahathir dengan meletak jawatan dan kemudian mahu merebut semula sesuka hati.

UTAMAPOLITIKKerajaan Baharu: Drama berterusan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium