Kerajaan Belanja RM8,900 Bagi Setiap Murid Setahun – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan sebenarnya pendidikan di peringkat rendah dan menengah di negara ini adalah percuma, dengan Kerajaan membelanjakan pada purata RM8,900 bagi setiap murid setahun.

Perdana Menteri berkata, kalau dahulu, ibu bapa dibebankan dengan yuran wajib bayar, daripada yuran khas hinggalah bayaran tambahan persekolahan.

“Kesemua yuran ini telah dimansuhkan. Yang tinggal kini cuma sumbangan mengikut keperluan kepada sekolah.

“Kalau dahulu juga, pinjaman buku teks hanya diberikan mengikut taraf pendapatan ibu bapa, kini ia diberikan kepada semua pelajar,” katanya dalam entri terbaru Najib Razak.com bertajuk Kembali ke Sekolah, malam tadi.

Selain itu, kerajaan turut menyediakan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 kepada keluarga berpendapatan rendah, yang memanfaatkan 3.2 juta murid.

Najib berkata, Kerajaan juga terus menyediakan dana bagi menambahbaik dan menyelenggara sekolah-sekolah agar anak-anak kita dapat belajar dalam suasana kondusif dan ceria.

Dalam Bajet 2018, Kerajaan memperuntukkan dana besar bagi Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak RM45.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Ini termasuk bagi menyediakan bantuan persekolahan kepada lebih 5.2 juta murid di seluruh negara.

Katanya, dalam Bajet 2018 juga, sebanyak RM550 juta disediakan bagi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan bagi tujuan tersebut.

“Malah lebih daripada itu, dalam Bajet 2018 juga saya turut mengumumkan peruntukan terbesar bernilai RM2.5 bilion bagi membaiki dan membina semula sekolah-sekolah daif di seluruh negara menggunakan kaedah IBS atau Industrial Building System,” jelasnya lagi .

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menekankan kepentingan pendidikan. Sejak dahulu lagi, kita telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan anak-anak kita, tak kira apa latar belakang keluarga mereka, mampu mempunyai akses kepada pendidikan.

Perdana Menteri berkata, secara purata, perbelanjaan pendidikan Malaysia adalah dua kali ganda berbanding perbelanjaan negara ASEAN, mengukuhkan lagi kenyataan betapa Kerajaan Barisan Nasional telah dan akan sentiasa menitikberatkan bidang pendidikan untuk rakyat Malaysia.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

72 Replies to “Kerajaan Belanja RM8,900 Bagi Setiap Murid Setahun – Najib

  1. Sedangkan usul pembangkang nak kurangkan kakitangan awam dari 1.5 juta pada 600 – 700 k sahaja.. dia tak tau.. kono dan jimat perbelanjaan negara. Cepatlah sokong apa yang dia orang cadangkan.. nak tengok gak kalau mak ke bapak duduk hospital basuh najis dan lapkan badan dia orang sekali ko buat sendiri yer…

  2. perrghhh.
    cikgu hantar budak pergi ko kurikulum pun kena guna minyak,makan minum dan tol sendiri.
    kelas tambahan pun x ada apa2.otomatik balik lewat.
    guru kursus dan mensyuarat pun ada yg x dpt claim.
    cuba2lah peratikan keadaan sekolah.

  3. Sekolah saya waris anak yg tak mampu bayar yuran pibg minta buat surat mohon dari mbayarnya. Khas buat waris yg tak mampu n bilangan anak lebih dari dua org d sekolah yg sama. Tahniah pibg sekolah saya. Ini kemenangan buat waris pibg sekolah saya yg bertanggung jawab masa mesyurat PIBG.

  4. Mmg itu tanggung jawab kerajaan kepada rakyat. Admin, makpak hang kalau tiba2 bawa keluar statement brape jumlah kos membesarkan hang dlm setahun, apa hang rasa? Dah lah byk keluar duit besarkan hang. Tup tup jadi bebal sengal bodoh mcm ni.

  5. Brunei bpa sngt penduduknya…pelajar lagi la. Itu baru satu bab kjaan tggung, blum kesihatan, nak p Mekah pun dpt subsidi dan mcm2 klu kita mahu berfikir dan merenung. Sbg contoh 30 biji ubat aku rm400…ubat yg sama dpt free tiap2 bulan.. alhamdulillah, aku bukan jenis kufur nikmat.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.