Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Malaysia

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Kerajaan Bentang Akta Baru Ganti ISA – @NajibRazak

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Selasa membentangkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 bagi tujuan mengawal ketenteraman awam yang ditimbulkan oleh ancaman keganasan, sabotaj dan pengitipan.

Rang Undang-undang yang dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat itu juga bertujuan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Menerusi peruntukan akta yang dicadangkan, fasal empat memperuntukan kuasa khas kepada pegawai polis tanpa waran untuk menangkap dan menahan orang yang mempunyai sebab serta dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

Orang berkenaan boleh ditahan dalam tempoh 24 jam bagi tujuan penyiasatan.

Cadangan Rang Undang-undang tersebut turut menyatakan kuasa pegawai polis berpangkat Penguasa Polis atau lebih tinggi untuk melanjutkan tempoh tahanan sehingga tidak lebih daripada 28 hari.

Bagaimanapun cadangan akta berkenaan turut menyatakan orang yang tidak ditahan lanjut boleh dipasang dengan peranti pengawasan elektronik bagi baki tempoh tahanan 28 hari itu.

Menerusi cadangan akta itu, ditegaskan bahawa orang yang ditahan hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera alasan penangkapannya oleh pegawai polis yang membuat tangkapan.

Malah tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya.

Selain itu menerusi fasal lima akta tersebut membenarkan tahanan untuk memberitahu waris berhubung penahahannya selain dibenarkan untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.

Bagaimanapun hak untuk berunding dengan pengamal undang-undang tersebut boleh ditangguhkan sehingga tempoh 48 jam jika terdapat alasan munasabah bahawa perjalanan hak itu boleh menjejaskan keterangan yang berkaitan dengan kesalahan keselamatan itu.

Dalam pada itu dinyatakan dalam cadangan akta baru tersebut mengenai kuasa memintas komunikasi selain kuasa biasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya.

Menurut Rang Undang-undang itu, penguasa polis boleh memintas tanpa kebenaran dalam hal yang mendesak dan mendadak yang memerlukan tindakan segera.

KUALA LUMPUR 10 April – Pembentangan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 susulan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibuat selari dengan perkembangan demokrasi sekali gus memenuhi kehendak rakyat.
KUALA LUMPUR 10 April – Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang dibaca buat kali pertama di Dewan Rakyat hari ini menyebut dengan jelas bahawa tidak ada sesiapa pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan atau aktiviti politiknya.
KUALA LUMPUR 10 April – Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang digubal ekoran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 memberikan kebenaran kepada pegawai polis memintas mesej yang dihantar atau diterima menerusi mana-mana medium komunikasi.

Berkaitan