Kerajaan DAP Pulau Pinang cari pasal – Roboh struktur tulisan UMNO

Kongsi:

dap-pulau-pinang-roboh-tulisan-umno

Kalau betul-betul nak cari bangunan yang ada ciri-ciri yang langgar peraturan memang banyak di sekitar bandaraya Pulau Pinang.Ini belum masuk premis perniagaan dan gerai yang ganggu lalulintas dan sebagainya.

Jumaat,kawasan bangunan UMNO Pulau Pinang di Jalan Macalister di Georgetown menjadi sasaran operasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Mereka bertindak meroboh struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO itu.

Setakat ini tidak pasti apa salah silapnya.

Struktur yang terletak di tepi jalan itu dikatakan adalah dalam kawasan tanah JKP Sdn. Bhd.

Tindakan itu telah mencetuskan kemarahan kalangan pimpinan UMNO negeri.

Reaksi sama juga dilihat menerusi komen-komen bila kisah tindakan itu tersebar menerusi laman facebook.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Dap merobohkan struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO negeri itu hari ini, sebagai satu tindakan provokasi dan kurang ajar.

Beliau menilai tindakan tersebut seakan sengaja ‘cari pasal’ di kala umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

“Sebenarnya struktur tersebut terletak dalam kawasan tanah JKP Sdn. Bhd. Apa salahnya berbincang dahulu dengan pihak pengurusan UMNO sebelum merobohkannya,” ujarnya.

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.