26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Kerajaan Digesa Saman Penyebar Fitnah Isu Scorpene

Seorang anggota Parlimen pada Rabu mendesak Kementerian Pertahanan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang telah memfitnah kerajaan berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) berkata, kerajaan sudah mempunyai asas kukuh berikutan kenyataan pendakwa raya Perancis, Yves Charpenel, berhubung ketiadaan sebarang perbicaraan di negara Eropah itu mengenai pembelian kapal selam berkenaan oleh Malaysia, yang bercanggah dengan dakwaan pihak terbabit.

“Saya percaya kerajaan mempunyai asas-asas yang kukuh untuk mengambil langkah drastik mengemukakan saman malu terhadap pengkhianat-pengkhianat ini.

“Bukan sahaja rakyat ditipu malah golongan yang tidak mengenal malu ini juga telah mengutip derma daripada orang ramai untuk memantau ‘perbicaraan’ itu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen kemudian, Zahrain turut menyarankan supaya undang-undang khusus diwujudkan untuk mengawasi kegiatan ejen asing yang mencampuri urusan dalaman negara ini.

Zahrain berkata Malaysia mungkin berhadapan malapetaka politik, ekonomi dan sosial jika ejen asing terus bersekongkol dengan organisasi tempatan.

Dalam pada itu, Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) turut membangkitkan artikel oleh Nile Bowie yang dikatakan menulis untuk Centre for Research on Globalisation di Montreal, Kanada, yang antara lain menyentuh pembiayaan dana asing untuk kumpulan pro-pembangkang di negara ini.

Artikel itu mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi anggota panel ‘Anugerah Demokrasi’ anjuran National Endowment for Democracy (NED) di Washington, Amerika Syarikat.

Ia mengaitkan NED dengan penyediaan dana operasi kepada sebuah portal berita pro-pembangkang serta badan bukan kerajaan, Suaram.

Pendakwa Perancis Sahkan Pembangkang Malaysia Penipu No. 1

SCORPENE TIADA PERBICARAANSUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene. Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka. […]

Tiada Perbicaraan Di Perancis Berhubung Scorpene, Kata Pendakwa Terkemuka Perancis

Yves CharpenelSeorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002. Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara […]






Berita Berkaitan

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan