26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Kerajaan Hanya Buat Komitmen RM1 Juta Dalam 1MDB – Najib

Najib - Soal Jawab TV3
Najib – Soal Jawab TV3

Ramai tidak mengetahui bahawa komitmen kerajaan untuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik penuhnya, yang hanya sebanyak RM1 juta dalam bentuk saham, kini mempunyai aset bernilai RM50 bilion.

Bercakap pada program ‘Soal Jawab’ terbitan TV3 Rabu malam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata memang benar syarikat itu mempunyai hutang yang besar, namun jika dibandingkan antara aset dan liabiliti, asetnya jauh lebih baik berbanding liabiliti.

Najib menjawab soalan berkaitan perkembangan 1MDB.Syarikat itu, yang lembaga penasihatnya diketuai sendiri oleh Perdana Menteri, dikritik hebat.|

Namun, keadaan akan berubah tidak lama lagi berikutan syarikat itu telah membuat keputusan selangkah ke hadapan dengan melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) pada suku kedua tahun ini untuk aset-aset loji jana kuasanya.

Dana daripada IPO itu akan membantu mengurangkan kira-kira US$12 bilion (US$1=RM3.62) hutang, selain meluaskan perniagaan syarikat.

Najib berkata IPO berkeupayaan menarik pelabur asing dan tempatan.|

“Bila IPO diterbitkan nanti, dalam keadaan pasaran yang mudah-mudahan positif, sudah tentu kita akan dapat menarik pelaburan yang besar dari dalam dan luar negara untuk melabur dalam syarikat tenaga yang dimiliki 1MDB.|
|
“Di samping itu, 1MDB ada tanah yang besar, seluas 550 ekar (222.58 hektar) di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, dan nilainya juga besar,” kata Perdana Menteri, sambil menambah bahawa projek pusat kewangan baharu, Tun Razak Exchange, turut mempunyai nilai yang tinggi.

Najib berkata Malaysia akan mendapat nilai pulangan yang besar sekiranya aset-aset tersebut dapat direalisasikan.

“Saya masih yakin terhadap lembaga pengarah, dengan kepimpinan yang ada, lebih-lebih lagi yang baharu, 1MDB akan memberi banyak manfaat kepada negara kita dalam jangka panjang,” kata Perdana Menteri.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...