Monday - August 2, 2021 @ 13:18
BERITANASIONALKerajaan Hargai Jasa Dan Pergorbanan Pasukan Keselamatan Melalui Penyetaraan Pangkat

Kerajaan Hargai Jasa Dan Pergorbanan Pasukan Keselamatan Melalui Penyetaraan Pangkat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bertemu dengan pasukan keselamatan negara di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang siap sedia berjuang dalam Op Daulat di sini, KhamisKUALA LUMPUR  — Kerajaan dilihat amat menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan apabila mengambil langkah menyetarakan pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan perkhidmatan awam.

Mengalu-alukan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berpendapat penyetaraan itu bersesuaian dengan beban tugas dan tanggungjawab anggota keselamatan yang berdepan risiko melibatkan nyawa demi mempertahan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Kita bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap anggota PDRM dan tentera (di Lahad Datu). Sudah tiba masa untuk menaikkan gred kerana dulu skim itu dipakejkan seperti kalau Inspektor, ASP, DSP, Superintenden, dipakejkan dalam gred 41,” katanya di ibu negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula melihat langkah itu bakal menarik lebih ramai golongan muda menyertai pasukan pertahanan dan keselamatan.

“Skim ini akan menjadikan kerjaya ATM, yang dahulunya pilihan kedua, tetapi dengan skema gaji yang baharu, pastinya akan menarik lebih ramai rakyat untuk menyertai ATM,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata pengumuman itu jelas memberi suntikan semangat baharu kepada penjawat awam dan pasukan keselamatan negara, termasuk PDRM dan ATM.

Beliau mewakili seluruh agensi dan petugas kementeriannya dalam satu kenyataan menyambut baik pengumuman itu, yang secara tidak langsung membawa seribu makna kepada pasukan keselamatan negara yang sedang berjuang di Sabah demi menjaga kedaulatan negara.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan berkuat kuasa 1 Jan 2013, kerajaan bersetuju pangkat dalam ATM dan PDRM disetara dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gaji.

Najib berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat serta kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Samshuri Arshad pula berkata langkah itu menunjukkan kerajaan sentiasa menghargai jasa anggota keselamatan.

Turut berkongsi sentimen yang sama ialah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Mohd Zaman Khan yang berkata: “Ini menunjukkan kerajaan prihatin dan tidak meminggirkan pasukan keselamatan negara.”

Ketua Penerangan dan Perhubungan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Mohd Zainan Yunus berkata kenaikan itu akan memberi impak besar dalam menyemarakkan semangat anggota keselamatan negara.

Di SARAWAK, Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon berkata pengumuman itu amat dinanti-nantikan seluruh anggota polis, dan beliau percaya anggota polis akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here