Kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion kerana Lim Guan Eng

Kongsi:

Saya bersimpati dengan nasib penjawat awam hari ini. Kita tahu ‘kisah sebenar’ dalam hal lantikan politik Kerajaan PH.

Penjawat awam diserang bertubi-tubi kerana tidak memenuhi kehendak dan hanya kerana mereka menjalankan tugas mengikut prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.

Sehinggakan KSN perlu mengeluarkan kenyataan yang penuh diplomasi dalam menanganinya.

Kalau dahulu masa Kerajaan BN, kajian teliti telah dibuat setiap kali sebelum apa-apa pengumuman terutamanya dari segi implikasi terhadap kewangan kerajaan.

Elemen flip-flop menjadi satu kebiasaan bagi kerajaan hari ini.

Pada bulan April lepas, kerajaan BN umumkan penjawat awam akan dapat kenaikan satu gaji tahunan.

Saya dan Kementerian Kewangan berpendapat bahawa kerajaan berkemampuan untuk memberi kenaikan gaji ini.

Tambahan pula, ini bukan kali pertama kita memberi manfaat sebegini.

Dan duit tambahan walaupun mungkin tidak seberapa, sedikit sebanyak dapat membantu dalam meringankan beban.

Kenaikan gaji tahunan ini bermakna akan ada yang terima tambahan sekurang-kurangnya RM80 sebulan.

Kini Kerajaan PH tidak bersependapat. Kajian perlu dibuat terhadap keputusan dan kajian dahulu. Kajian atas kajian.

Naratif mereka ialah semua orang perlu berkorban dan mengambil kira kedudukan kewangan negara hari ini.

Selama ini, kedudukan kewangan negara kukuh dan diiktiraf agensi antarabangsa.

Jadi apa yang telah berlaku selepas 9 Mei? Kedudukan kewangan negara hari ini mengalami isu “kemampuan” kerana seorang sahaja – Lim Guan Eng.

Guan Eng mengambil langkah memansuhkan GST dan menggantikannya dengan SST yang sehingga kini tidak ada manfaat langsung kepada kerajaan atau pembeli.

Kerajaan dapat apa? Rakyat dapat apa?

Harga barang kian meningkat.

Kerajaan kehilangan berpuluh-puluh bilion hasil kutipan akibat Lim Guan Eng.

Hasil kutipan ini boleh diberikan kepada B40, diberikan kepada penjawat awam walau RM80 sahaja.

Tidak perlulah diteruskan dengan sandiwara Bajet 2019 belanjawan yang sukar dan sebuah Bajet Korban. Kita berdepan dengan masalah ini kerana Lim Guan Eng dan kerajaan hari ini lebih berminat dan memberi keutamaan kepada mempolitikkan pengurusan ekonomi negara.

Kerajaan hari ini tidak peka dan simpati terhadap rakyat yang memerlukan pembelaan termasuk keperluan penjawat awam.

Najib Razak

…………

Rujukan:

http://pakdin.my/tag/gst

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

44 Replies to “Kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion kerana Lim Guan Eng

  1. Jamil Jaafar mahkamah belum ada bukti cukup mcm mana nak tuduh bila 1 tahun 2 tahun 3 tahun kebajikan rakyat terabai malah harga barang tak turun, janji 100 hari, banyak di buang kerja kebajikan satu persatu di hapus 6 bulan asik cerita sama

  2. GST 6 sekarang SST 16 akan datang rancangan pula nak adakan cukai baru apa cerita Jamal Jaapar misai kontot pikir jangan pakai kepala lutut puiiiiii bila nak bantu kebajikan rakyat yg susah dgn harga barang tak tutun, janji 100, bantuan kebajikan akan di mansuh, pekerja di buang apa cerita ni

  3. Friends Of BN Hulu Selangor Pak Abu saya cakap mengenai sumber berita sahih mengenai kewangan hanya dari Bank Negara yang dibawa oleh Bernama. Bukan berita yang dibawa oleh blog pakdin atau abuleman dan yang sewaktu dengan nya.

    Bercakap mengenai penarafan, ngkorang yang bijak pandai cuba terangkan apa penarafan kewangan Malaysia sekarang oleh Moody dan apa pula oleh Fitch. Selain itu penarafan badan mana yang dipakai..

  4. Osman Osman… Madday sanggup skongkol dgn Dap demi mnjga harta2 anknya yg brbilion2 dn sanggup mnghncurkn bangsa, agama dn tanah air. Ini adalh kaitan dgn pemimpin yg lalu brsikap sombong dan bongkak lupa kpd pembrian kuasa dr Allah swt maka inilh blsan dari Yang Maha Berkuasa…Yang Paling RUGI DAN HIDUP MELARAT dlm krisis ini adalh Rakyat sbg modal mereka dn skrang stelah berkuasa, Rakyat dilupakan.

Comments are closed.