27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Kerajaan Jamin Harga Tepung, Gula Tidak Naik – Hasan Malek

tepung

Kerajaan memberi jaminan harga tepung dan gula tidak akan naik di sebalik pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen diumumkan kerajaan, 3 Sept lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata, jaminan itu berdasarkan persetujuan antara kementerian dengan beberapa pengeluar dan pengilang utama dua komoditi makanan itu, semasa pertemuan pada Selasa.

“Saya gembira apabila mereka juga memberitahu bahawa bekalan gula dan tepung mencukupi.

“Mereka juga bersetuju untuk tidak menaikkan harga barangan itu dan ini bermakna peniaga tidak boleh menaikkan harga barangan berkenaan sewenang-wenangnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Bengkel Kefahaman Undang-undang dan Pemeriksaan kepada Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia, di sini, Khamis.

Menurut beliau, kementerian sebelum ini mengadakan pertemuan serupa dengan pengilang dan pengeluar barangan lain termasuk pengusaha pasar raya berhubung isu sama. Katanya, kebanyakan mereka bersetuju dan menyokong langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON95 dan diesel yang membawa kepada kenaikan 20 sen harga dua bahan api terbabit.

“Mereka memahami hasrat kerajaan dalam mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan mereka bersetuju untuk sama-sama membantu (dengan tidak menaikkan harga barangan),” katanya.

Dalam pada itu, Hasan berkata sejak pengumuman kerajaan berhubung pengurangan subsidi minyak itu, sebanyak 30,538 pemeriksaan dibuat terhadap peniaga menerusi Ops Harga.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 157 kesalahan dikesan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan kompaun RM16,530 dikeluarkan.

“Kita juga membuat rampasan barangan bernilai RM55,382.20 terhadap peniaga terbabit yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk menaikkan harga barangan, tidak mempamerkan harga dan menjual barangan tiruan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai bengkel tersebut, Hasan berkata ia bertujuan memberi pengetahuan dan pemahaman kepada penghulu dan penggawa mengenai peranan mereka sebagai pemantau harga barangan di kawasan masing-masing.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan