Kerajaan Kelantan Perlu Jelaskan Rakyat Teguran Ketua Audit @nikabdulaziz - pakdin.my

TANAH MERAH: Kerajaan Negeri Kelantan perlu memandang serius teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 terhadap projek yang dilaksanakan dan segera memberi penjelasan kepada rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat berhak mendapat penjelasan kerana perbelanjaan bagi melaksanakan projektersebut menggunakan wang rakyat.

“Kita belum dapat penjelasan yang mantap daripada kerajaan negeri, rakyat Kelantan berhak mendapat penjelasan apa yang berlaku terhadap projek-projek tersebut yang tidak mendapat pulangan memuaskan daripada pelaburan yang besar,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidiladha di kediamannya di sini Sabtu.

Mustapa berkata,projek yang mendapat teguran Ketua Audit Negara itu termasukprojek ladang rakyat, projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan dan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd.

“Kita harap kerajaan negeri tidak mengambil ringan Laporan Ketua Audit Negara itu, kita hendaklah berlaku adil mana yang baik kita harus beri pujian mana yang lemah kita akui dan membuat pembetulan,” katanya.

Beliau berkata,rakyat negeri ini tidak berpuas hati dengan pendekatan kerajaan negeri melaksanakan projek tersebut antaranya projek ladang rakyat yang tidak mencapai sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan peserta.

Ditanya Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon PilihanRaya Umum ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, Mustapa berkata,pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

Beliau berkata,semua pihak boleh memberi pandangan bagaimanapun keputusannya terserah kepada pucuk pimpinan parti dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat ketikamenyuarakan kemungkinan tersebut berkata perbezaan daripada amalan biasa itu tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.

++++++

Kelantan Rugi Lebih RM700 Juta @nikabdulaziz

Umumnya, sebahagian besar rakyat Kelantan telah lama menyedari projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh adalah salah satu dari beberapa projek pembangunan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang gagal dilaksanakan sepenuhnya disebabkan pelbagai kelemahan dan kecuaian di pihak kerajaan negeri. Namun tidak ramai yang menyedari bahawa kegagalan pihak pemaju swasta Liziz Standaco […]

Siapa Untung Bila Kelantan Pindah Milik Tanah? @nikabdulaziz

Sudah beberapa hari berlalu sejak Laporan Ketua Audit negara bagi Tahun 2011 selesai dibentangkan, malah ramai yang telah maklum perihal Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) tanpa mengikut prosedur yang betul di Lembah Sireh, Kota Bharu. Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik penduduk, telahpun ditukar hak […]

PRU 13: PAS Pasti Tersungkur Di Kelantan @nikabdulaziz

Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS. Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai […]

Audit 2011: Kelantan Tanggung Hutang RM1.14 Bilion, Perolehan Pula Berkurangan @nikabdulaziz

Sehari dua lepas kita berpeluang menghiburkan diri dengan persembahan silap mata dari Exco kanan Kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa yang cuba menonjolkan bajet negeri kali ini kononnya telah mencatat rekod kerana ada lebihan RM45.8 juta. Walhal, apa yang berlaku ialah kerajaan Kelantan dengan sengaja cuba menyembunyikan hakikat bahawa bajet 2013 bagi negeri itu sebenarnya mengalami […]

Penyelewengan Ladang Rakyat Di Kelantan Terbongkar – Laporan Audit 2011 @nikabdulaziz

“Orang PAS ni guna agama untuk makan duit haram, duit rakyat, masuk dalam perut mereka. Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang UUMNO. Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan). Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan. Harapkan PAS, mereka sibuk curi rampas tanah orang, […]

 

UTAMAEKONOMIKerajaan Kelantan Perlu Jelaskan Rakyat Teguran Ketua Audit @nikabdulaziz

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium