Kerajaan malaysia tidak pernah bincang isu 2.6 billion - pakdin.my

Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir telah menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia mahupun Menteri Luar dan Perdana Menteri Malaysia tidak pernah bertanya mahupun berbincang soal isu 2.6 Billion yang didermakan kepada Kerajaan Malaysia melalui akaun bank bekas Perdana Menteri DS Najib Razak.

“Beliau (Adel) menyatakan bahawa tiada sesiapa daripada kerajaan Malaysia yang pernah bertanya dan berbincang mengenai perkara itu (isu 2.6 billion).” kata seorang wartawan bebas yang berjaya menemubual Adel semasa tiba di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Menurut wartawan tersebut, apabila ditanya mengenai kenyataan Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah mengenai kenyataan beliau (Adel) yang mengatakan Kerajaan Saudi tidak ada kena mengena mengenai derma 2.6 billion itu semasa persidangan PBB di New York dan semasa di Wisma Putra semalam, Adel menafikannya.

“Itu mungkin andaian beliau (Saifuddin) sahaja, tapi Menteri Luar Arab Saudi telah menyatakan dahulu yang Kerajaan Saudi sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Dan mereka juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. Justeru, setahu mereka, isu itu telah ditutup,” kata wartawan bebas tersebut.

……………

rujukan:

RM2.6 Bilion: Mahathir patut arahkan tangkap Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir
https://pakdin.my/rm2-6-bilion-mahathir-patut-arahkan-tangkap-menteri-luar-arab-saudi-adel-al-jubeir/

[Video] BBC HardTalk: Mahathir gagal jawab ISU 2.6 Billion
https://pakdin.my/video-bbc-hardtalk-mahathir-gagal-jawab-isu-2-6-billion/

RM2.6 bilion: Najib dedah bukti derma telah dipulangkan
https://pakdin.my/rm2-6-bilion-najib-dedah-bukti-derma-telah-dipulangkan/

RM2.6 bilion: Najib dedah dokumen buktikan tuduhan Mahathir dan Sarawak Report fitnah semata-mata
https://pakdin.my/najib-dedah-dokumen-buktikan-tuduhan-mahathir-dan-sarawak-report-fitnah-semata-mata/

[Bahagian 2] Derma King Saud: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti mencadangkan wang dimasukkan kedalam akaun peribadi Najib Razak
https://pakdin.my/bahagian-2-derma-king-saud-gabenor-bank-negara-tan-sri-zeti-mencadangkan-wang-dimasukkan-kedalam-akaun-peribadi-najib-razak/

Derma King Saud: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti mencadangkan wang dimasukkan kedalam akaun peribadi Najib Razak
https://pakdin.my/derma-king-saud-gabenor-bank-negara-tan-sri-zeti-mencadangkan-wang-dimasukkan-kedalam-akaun-peribadi-najib-razak/

UTAMAPOLITIKKerajaan malaysia tidak pernah bincang isu 2.6 billion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium