Kerajaan Pakatan Harapan DAP kembalikan integriti negara? - pakdin.my

Tahukah anda bahawa Jokowi mengakui pembebasan Aisyah adalah hasil usaha pentadbiran beliau? Siti Aisyah disambut di Istana Presiden dan dijadikan bahan kempen Presiden.

Menteri Hukum Indonesia mengakui ada berbincang dengan Tun Mahathir mengenai pembebasan Siti Aisyah pada Ogos 2018.

Ketika ini juga kita tentu ingat Mahathir mahu Jokowi memberi Equanimity kepada Malaysia.

11 Mac 2019 Reuters memetik Peguam Negara menyatakan pembebasan Siti Aisyah atas permintaan Indonesia.

Hanya Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan beliau tidak tahu apa-apa.

Jika anda ambil teropong dan melihat kenyataan dan tindakan Perdana Menteri, Peguam Negara dan Menteri Kewangan sejak 9 bulan lalu, maka tiada integriti yang boleh dibanggakan.

Yang ada hanyalah peribahasa “ayam kokok berderai-derai tapi ekor penuh tahi”.

UTAMAPOLITIKKerajaan Pakatan Harapan DAP kembalikan integriti negara?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium