Kerajaan perkenal terma baharu perjanjian konsesi projek baharu - pakdin.my

mahathir-kabinet-bodoh-perjanjian-lebuhraya

Kerajaan memperkenalkan terma baharu dalam perjanjian konsesi lebuh raya generasi baharu atau projek lebuh raya akan datang, termasuk terma yang membolehkan kerajaan menamatkan perjanjian lebih awal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata penamatan perjanjian konsesi boleh dilakukan jika syarikat berkenaan mendapat pulangan atau keuntungan melebihi daripada unjuran yang dibuat.

“Kalau dulu memang tidak ada ditetapkan pulangan, tapi sekarang ini kita tetapkan jika trafik melebihi unjuran yang disediakan pada awalnya dan ia mencapai kadar pulangan yang melebihi daripada yang diunjurkan, kita akan mengurangkan tempoh konsesi berkenaan.

“Ini adalah antara ciri-ciri yang terbaharu dalam perjanjian konsesi untuk generasi yang baharu,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang ingin tahu kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula semua projek penswastaan dengan mengekalkan yang benar-benar memenuhi matlamat asal penswastaan iaitu untuk menjimatkan kos dan menzahirkan perkhidmatan yang lebih efisien serta membatalkan yang rugi dan membebankan kerajaan dan rakyat.

Abdul Wahid berkata, untuk perjanjian konsesi akan datang kerajaan juga tidak memberi jaminan trafik minimum dan pinjaman komersial untuk syarikat konsesi seperti yang dimiliki dalam kebanyakan perjanjian konsesi sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi bahawa kerajaan tidak boleh meminda terma dalam perjanjian konsesi sebelum ini tanpa persetujuan daripada pihak konsesi.

Namun katanya, kerajaan sentiasa berunding dengan syarikat konsesi terutama berkaitan kadar tol supaya mereka tidak menaikkannya dan memanjangkan tempoh konsesi mereka jika perlu.

“Semua terma perjanjian konsesi telah ditetapkan sebelum syarikat konsesi membina lebuh raya tersebut. Antara terma yang telah dipersetujui ialah kadar tol yang dikenakan dan dinaikkan dari semasa ke semasa mengikut jadual berdasarkan unjuran trafik.

“Memang kita membolehkan dalam perjanjian konsesi, mereka menaikkan tol tersebut kerana pada awal kita mahu kadar tol munasabah dan dinaikkan kemudian dari semasa ke semasa,” katanya.

UTAMAPOLITIKKerajaan perkenal terma baharu perjanjian konsesi projek baharu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium