Kerajaan Persekutuan Beli Tanah 2.4 Hektar Bina 80 Rumah Kekal Mangsa Bajir - pakdin.my

rumah-kekal-mangsa-banjir-galas

GUA MUSANG — Kerajaan Persekutuan telah menyelesaikan pembelian tanah seluas kira-kira 2.4 hektar di Jalan Pulai, di sini, untuk pembinaan 80 rumah kekal bagi mangsa banjir yang kehilangan rumah dalam bencana itu Disember lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof berkata kerja-kerja meratakan tapak kini sedang giat dijalankan dan penduduk dijangka dapat tinggal di rumah baharu mereka Julai nanti.

“Kita akui berdepan dengan banyak masalah untuk pembinaan rumah bagi mangsa banjir terbabit kerana sebelum ini kerajaan negeri berjanji untuk meluluskan tanah, namun terus berdiam diri.

“Oleh itu, kita terpaksa membeli tanah milik penduduk bagi membina 80 rumah mangsa banjir. Harga tanah berjumlah RM2 juta dan kos pembinaan rumah dijangka menelan kos RM4 juta,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian penutupan Program Muet Pelajar Tingkatan 6 Peringkat Daerah, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku, di sini, hari ini.

UTAMAKerajaan Persekutuan Beli Tanah 2.4 Hektar Bina 80 Rumah Kekal Mangsa Bajir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium