27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Kerajaan PKR Selangor bertanggungjawab ke atas kehilangan air tidak berhasil (NRW) @TeoNieChing @Khalid_Ibrahim

Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa menghalang Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) daripada mendapatkan pinjaman bank bagi membolehkan syarikat itu mengganti paip- paip lama.

Perkara itu didedahkan sendiri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui ketika menjawab persoalan mengenai kehilangan air tidak berhasil (NRW) di Selangor yang dibangkitkan Teo Nie Ching (DAP- Serdang).


“Kalau kerajaan Pusat tidak keluarkan belanjawan bagi mengurangkan masalah NRW, banyak tempat di Selangor termasuk Serdang sendiri bakal mengalami masalah air. Kita tidak berpolitik dalam isu utiliti seperti air ini kerana ia keperluan rakyat dan negara.

“Tapi hari ini siapa yang halang Syabas mendapatkan pinjaman bank untuk mengganti paip-paip lama bagi mengatasi masalah NRW? Yang Berhormat patut tanya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” katanya semasa membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan Kerajaan Negeri PKR Selangor supaya berhenti bermain politik dalam isu Projek Loji Rawatan Air Langat 2 kerana jika keadaan sedemikian berterusan, Selangor akan berdepan dengan masalah utiliti kronik.

Katanya, jika Kerajaan Negeri PKR Selangor terus berdegil dan mahu bermain politik dalam soal itu, Selangor bakal kehilangan pelabur-pelabur berpotensi sekali gus hasrat untuk melihat negeri itu muncul sebuah negeri maju akan musnah.


“Kalau kita bina Loji Rawatan Air Langat 2 ini, kerajaan negeri tidak payah keluarkan duit kerana ia akan ditanggung kerajaan Pusat. Sebab itu saya selalu sebut kepada Abdul Khalid agar jangan jadikan isu ini sebagai isu politik,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Peter Chin memberitahu program penukaran meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) dibuat berdasarkan tiga sebab iaitu meter lama yang melebihi hayat, meter mengalami kerosakan serta meter diusik.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, penukaran meter lama telah dihentikan buat masa sekarang bagi memberi masa kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga untuk melaksanakan kajian lanjut selain menambah prosedur operasi standard (SOP) sedia ada mengenai penukaran meter lama.

Krisis Air Selangor: Exco PAS Di Selangor Patut Kaji Sejarah Loji Sungai Labu

iskandar

MYKMU.NET – Bukan sekadar menjadi “pak turut”, PAS Selangor juga sanggup menjadi “keldai suruhan” PKR dan DAP apabila sanggup “menjilat” Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim, mungkin kerana takut dipecat dari jawatan Exco sebagaimana yang berlaku pada Hasan Ali. Baru-baru ini, ADUN Cempaka yang juga merupakan Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan […]

Hujan Setiap Hari Tapi Air Di Empangan Terus Merosot! @Khalid_Ibrahim #SSYBN

empangan sg selangor 2

KUALA KUBU BHARU – Paras takungan air di Empangan Sungai Selangor di sini masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun hujan lebat dilaporkan turun di kawasan sekitar empangan sejak beberapa hari lalu. Tinjauan Mynewshub.my sekali lagi ke empangan itu petang semalam jelas menampakkan situasi yang agak cemas apabila paras takungan air masih tidak naik. Malah, […]

Bukti Air Empangan Selangor Merosot @Khalid_Ibrahim

Empangan Sungai Selangor

Tidak berapa lama dulu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Exco kanannya, Ronnie Liu membuat tinjauan rambang ke beberapa empangan dan sungai di Selangor ketika isu bekalan air terus hangat diperkatakan rakyatnya. Dengan bersandarkan hasil dari tinjauan tersebut, kerajaan PKR Selangor kemudiannya merumuskan Selangor tidak berdepan dengan sebarang masalah bekalan air kerana rata-rata empangan […]

Khalid Panik Air Empangan Selangor Kritikal @Khalid_Ibrahim

Empangan Sungai Selangor

Awal bulan Ogos tahun 2010 Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bekalan air di Selangor lebih dari mencukupi untuk kegunaan rakyatnya sehingga tahun 2019. Kenyataan Khalid itu tentulah melegakan penduduk Lembah Klang kerana mereka tahu jika krisis air seperti mana pernah berlaku dulu, 1998/99, kesannya amat memeritkan kehidupan harian […]

MB Selangor Digesa Dedahkan Kos Pembenihan Awan @zinmohamed

Empangan Sungai Selangor

‘Pembenihan Awan Bukti Selangor Bakal Berhadapan Krisis Air’ SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor mendakwa tindakan pembenihan awan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor adalah bukti negeri itu berhadapan dengan krisis air yang serius. Justeru, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan kos pembenihan […]

Air Empangan Susut: Bukti Selangor di Ambang Krisis Air

Empangan Sungai Selangor

Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik. Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini. Tidak mungkin juga mereka tidak turun melawat sendiri ataupun melihat gambar-gambar empangan yang didedahkan oleh beberapa blog dan laman web […]

Isu Air: Antara Keperluan Alam Sekitar & Nyawa Rakyat – @Khalid_Ibrahim @xavierjayakumar

projek-penyaluran-air-pahang-selangor

× Satu kelebihan yang perlu kita akui hanya dimiliki oleh pemimpin pembangkang ialah kemampuan mereka mengalih isu utama kepada isu lain. Mereka memiliki kepakaran yang tinggi untuk spin sana sini dan bijak memutar belit fakta dan isu. Demikianlah yang berlaku pada Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dalam usahanya untuk menghalalkan keputusan kerajaan PKR Selangor menolak […]

Air: Xavier Suka Rakyat Selangor Menderita

projek-penyaluran-air-pahang-selangor

Baru sahaja sehari dua berlalu para penyokong pembangkang menghamburkan kemarahan terhadap Menteri Besar Pahang dan mengalu-alukan kecaman keras oleh NGO proksi PR terhadap Datuk Seri Adnan Yaakob, tiba-tiba pula pemimpin PKR Selangor Dr Xavier Jayakumar bertindak sebaliknya. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO yang diketuai oleh Che’gu Bard dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini, menganggap […]


Lagi berita berkaitan disini

Lagi berita berkaitan disini

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan