31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

Kerajaan Pusat Belanja RM1.058 Bilion Bekal Air Di Kelantan – Mustapa

KOTA BAHARU — Kerajaan pusat membelanjakan RM1.058 bilion bagi membekalkan air bersih kepada penduduk di negeri ini sejak 12 tahun lepas, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Berikutan itu beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan pusat menganaktirikan pembangunan di Kelantan.

“Perbelanjaan bekalan air ini di Kelantan ada dua bentuk iaitu geran di mana kita menyediakan sumber air dan bekalan air itu diserahkan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan pihak-pihak lain di negeri ini.

“Kita beri pinjaman kepada kerajaan negeri berjumlah RM597 juta dan yang lain-lain merupakan perbelanjaan kerajaan pusat yang mana setelah diselesai pembinaannya diserahkan kepada AKSB,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Liga Futsal Peringkat Kebangsaan Telekom Malaysia Bhd di KB Arena Futsal, Pengkalan Chepa, di sini, Sabtu.

Mustapa yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kerajaan negeri melalui AKSB diberi keistimewaan dalam menyelesaikan pinjaman RM597 juta itu apabila tidak dikenakan sebarang faedah dan hanya perlu membayar pinjaman pokok sahaja.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.