Friday - July 30, 2021 @ 00:07
BERITAKerajaan rangka pelan pemulihan jalan keluar pandemik

Kerajaan rangka pelan pemulihan jalan keluar pandemik

Asyik baru nak rangka.. Akhirnya tinggal rangka. Kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara sebagai persiapan untuk negara keluar daripada pandemik COVID-19 pada satu peringkat yang munasabah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata pelan yang dibuat berdasarkan kepada data, sains dan segala persiapan yang telah dilakukan termasuk dari segi pengurusan COVID-19, ekonomi, program vaksinasi dan sebagainya itu, akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh seminggu akan datang.

”Beberapa menteri utama yang terbabit sudahpun duduk membentangkan secara kasar kepada saya. Pada dasarnya baik, tetapi belum lagi diperhalusi.

“Sudah sampai masa kita nak tetapkan satu ‘exit strategy’ atau pelan pemulihan negara untuk kita keluar dari masalah ini, tetapi ini adalah cabaran yang besar bergantung pada kerjasama dan sokongan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Johor, Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur hari ini yang turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. – Bernama

 

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here