Kerajaan Sabah Tidak Berhasrat ‘MeMelayukan’ Kaum Etnik – Musa Aman - pakdin.my

Musa Aman
Musa Aman

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mempertimbangkan bahawa hal agama dan kaum perlu diasingkan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, seorang penduduk etnik Dusun tidak boleh dianggap sebagai seorang Melayu hanya kerana dia beragama Islam.

“Agama seseorang itu tidak boleh diterjemahkan,” kata Musa mengenai cadangan Mufti Sabah, Bungsu@Aziz Jaafar pada minggu lepas bahawa penduduk masyarakat etnik Sabah yang beragama Islama perlu dipertimbangkan mereka sebagai Melayu.

Beliau dilaporkan berkata bahawa keadaan itu berbeza dengan apa yang berlaku di semenanjung di mana etnik Jawa dan Bugis menggelarkan diri mereka sebagai sebahagian daripada kaum Melayu.

Musa berkata, cadangan Bungsu supaya “meMelayukan” etnik Bumiputera beragama Islam di Sabah merupakan pandangan peribadinya.

“Ini bukan pendirian Kerajaan Negeri. Tanpa persoalan, kita menghormati budaya dan tradisi kesemua kaum tanpa mengira agama dan bangsar mereka.

“Ini adalah persefahaman antara satu sama lain dalam pelbagai bangsa dan budaya dan ia akan terus diamalkan.

“Mendukung keharmonian bangsa, agama dan budaya akan diteruskan, yang menjadi keutamaan kerajaan,” katanya.

UTAMABERITASABAHKerajaan Sabah Tidak Berhasrat 'MeMelayukan' Kaum Etnik - Musa Aman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium