Kerajaan sasar melahirkan 125,000 Huffaz (penghafal Al-Quran) professional menjelang 2050

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk menjayakannya.

Katanya, 1,000 pelajar huffaz akan diambil pada setiap tahun untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi membolehkan mereka mendapat peluang pekerjaan yang berkualiti.

Perkara itu katanya lagi akan dilaksanakan di sebuah Maahad Tahfiz yang kini sedang dibina di kawasan parlimennya sendiri iaitu Bagan Datoh.

“Pengalaman dulu dapati ada masalah bila tak ada SPM, STPM, STAM tak dapat lanjutkan pelajaran. Mereka hafal tapi dalam masa yg sama dapat masuk universiti dalam bidang syariah, usuluddin atau bidang professional yang lain,” katanya.

Zahid berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Alat Keselamatan Kebakaran kepada Institusi tahfiz swasta berdaftar di Putrajaya, Khamis.

Tambah beliau, langkah tersebut adalah bagi memberi masa depan yang lebih terjamin kepada generasi akan datang untuk menjadi seorang penghafal Quran yang lebih professional.

Pada masa sama, beliau berazam akan meneruskan usaha ini meskipun beliau tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Kalau berhenti dari jawatan ini pun saya tetap akan komited untuk lakukan apa yang diharapkan Perdana Menteri kita,

“Apatah lagi jika kekalkan jawatan, ” katanya sambil berseloroh.

Sebelum ini kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 125, 000 Huffaz seluruh negara menjelang tahun 2050 melalui dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Sasaran itu adalah penting buat Malaysia bagi melahirkan sebuah generasi yang mampu membangunkan sebuah negara yang sejahtera, aman, harmoni dan mendapat keberkatan

(Visited 6 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.