27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Kerajaan Sedia Dedah Surat Dr. Mahathir Kepada Pemimpin Israel – Najib

Surat yang diutuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada dua pemimpin Israel akan didedahkan kepada umum jika tiada kemudaratan kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau telah meminta Wisma Putra untuk menyemak semula surat tersebut dan memberi ulasan sama ada ia boleh didedahkan.

“Saya fikir kalau tidak ada apa-apa kemudaratan kepada negara, tidak ada sebab kita tidak boleh siarkan surat itu secara terbuka lebih-lebih lagi kerana pihak pembangkang cuba menimbulkan kekeliruan dan mempertikaikan surat tersebut,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra di sekitar bandar Melaka di sini, Jumaat.

Beliau berkata pihak pembangkang sudah tersepit dengan kenyataan seorang pemimpin mereka yang menyokong usaha menjamin keselamatan Israel.

“Ini adalah satu sokongan yang ‘unqualified’ sebenarnya yang mana kenyataan itu sudah menimbulkan kemarahan yang begitu ketara dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Jadi sekarang ini mereka cuba nak mencari alasan kononnya kita ada hubungan dan ada membuat sesuatu dengan kerajaan Israel dan sebagainya,” kata Najib.

Beliau berkata usaha perlu dibuat untuk menghilangkan salah tanggapan yang cuba dibangkitkan pembangkang.

Dr Mahathir dilaporkan mengakui pernah berutus surat dengan dua Perdana Menteri Israel ketika beliau menerajui kerajaan bagi menegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak mengiktiraf rejim Zionis yang menindas rakyat Palestin.

Dr Mahathir berkata beliau masih menyimpan surat berkenaan dan mendakwa tidak tahu kenapa kerajaan tidak membenarkan kandungannya disiarkan.

Mengulas laporan berhubung keengganan beberapa Exco kanan kerajaan PAS Kedah untuk dilantik semula kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Najib menyifatkan ia masalah dalaman parti itu.

“Pada masa sekarang ini kita tengok apa yang berlaku sebab nampaknya pergolakan itu semakin hangat dan semakin serius, bagaimanapun kita tunggu dululah apa yang berlaku pada 28 Feb nanti,” katanya yang merujuk kepada tarikh pelantikan semula anggota Exco Kedah yang dijadual berlangsung di Istana Anak Bukit.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan