Kerajaan Sedia Lanjutkan Tempoh Rayuan BR1M – Najib - pakdin.my

Kerajaan sedia melanjutkan tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan tamat pada 15 Mac ini jika terdapat rayuan, bagi memastikan kesemua mereka yang layak memperoleh bantuan itu.

“Rayuan ini akan diteruskan sehingga 15 Mac akan datang, (tetapi) sekiranya ada lagi, kita sedia lanjutkan supaya bantuan ini sampai kepada mereka yang ditafsirkan layak,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“BR1M adalah satu bentuk bantuan kaedah berkesan yang dihargai rakyat, dan sekiranya ada permohonan mereka tidak diluluskan tetapi mereka layak mendapat bantuan itu, mereka bolehlah membuat rayuan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam Rabu.

Ditanya sama ada program BR1M akan dibuat secara tahunan, Najib berkata: “Kita tengok dulu, sampai masa kita umumkan.”

Program BR1M yang bertujuan mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah dan mudah terjejas akibat kenaikan kos sara hidup, mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang RM3,000.

Sehingga 12 Feb, sebanyak RM602,579,500 baucar BR1M telah ditunaikan. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,597,434 orang telah membuat permohonan BR1M dan 3,580,916 permohonan telah diluluskan.

UTAMABERITAKerajaan Sedia Lanjutkan Tempoh Rayuan BR1M - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium