Kerajaan Selangor Akan Teliti Laporan Penahanan Lelaki Dipercayai Bekas Kekasih Exco - pakdin.my

Kerajaan Selangor mengambil berat tentang spekulasi laporan penahanan seorang lelaki yang dikaitkan dengan penyebaran foto Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Elizabeth Wong, oleh pihak berkuasa Indonesia.

Lelaki itu dipercayai melarikan diri selepas foto Wong dalam keadaan bogel tersebar dalam internet pada 2009 dan lelaki itu juga dikehendaki oleh polis Malaysia bagi membantu siasatan mengenai penyebaran foto-foto itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor di sini, kerajaan negeri akan meneliti laporan itu dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri Selangor.

“Isu ini juga akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan,” menurut kenyataan itu.

Portal berita Free Malaysia Today melaporkan bahawa pihak imigresen Indonesia telah menahan seorang lelaki di Batam Jumaat lepas yang dikatakan mungkin bekas teman lelaki Wong.

Sumber: Detik News

UTAMABERITAKerajaan Selangor Akan Teliti Laporan Penahanan Lelaki Dipercayai Bekas Kekasih Exco

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium