Kerajaan Selangor didesak henti beri Tanah Rizab Melayu kepada kaum lain - pakdin.my

tanah-rizab-melayu-sekinchan

SHAH ALAM – Seorang Adun Selangor mendesak kerajaan Selangor menghentikan pemberian tanah rizab Melayu kepada kaum lain di negeri itu.

Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara) berkata tindakan itu jelas merugikan orang Melayu kerana tanah rizab yang diambil dan digantikan dengan tanah sedia ada mungkin tidak sama dari segi nilai tanah selain lokasinya tidak strategik.

Sehubungan itu, katanya kerajaan Selangor tidak perlu melayan permintaan Adun Sekinchan Ng Sue Lim dari DAP yang mahu tanah rizab Melayu di Bagan Nakhoda Omar dipindah milik kepada penduduk Cina yang menetap di kawasan itu.

“Sebelum ini, mereka telah memohon tanah rizab Melayu di kawasan Sekinchan seluas 28.3 hektar (70 ekar) untuk diberikan kepada penduduk Cina dan permohonan itu diluluskan pada 2010.

“Jadi kita nak tanya kerajaan negeri, sampai bila tuntutan seperti ini hendak dilayan kerana selagi kerajaan negeri tunduk (kepada permintaan itu), selagi itu permintaan seperti ini akan berterusan,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, hari ini.

Halimaton berkata, berdasarkan Laporan Audit Selangior pada 2014, sebanyak 4,154.1 hektar (10,265 ekar) tanah rizab Melayu telah dibatalkan di seluruh negeri ini.

Kuala Langat merupakan kawasan pembatalan tanah rizab Melayu paling banyak yang melibatkan kawasan seluas 1,951.4 hektar (4,822 ekar) diikuti Sepang dengan 1,870.1 hektar (4,621 ekar).

Semasa berbahas pada sidang Dun 5 November lepas, Ng mahu nama sebuah kampung Cina di Sekinchan iaitu Bagan Nakhoda Omar ditukar kepada nama yang melambangkan Cina memandangkan keseluruhan penduduk di situ adalah kaum Cina.

Ng yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor turut meminta status tanah rizab Melayu dan pewartaannya di perkampungan itu dibatalkan.

UTAMAPOLITIKKerajaan Selangor didesak henti beri Tanah Rizab Melayu kepada kaum lain

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium