23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Kerajaan Selangor Goyah Bila PAS Putuskan Hubungan Dengan PKR

Tidak ada apa yang mengejutkan apabila akar umbi PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka dengan PKR. Perkara ini sudah lama didendangkan namun hanya semalam ia menjadi kenyataan.

Bertitik tolak dari kemahuan kuat akar umbi PAS yang enggan lagi bekerjasama dengan PKR, timbul persoalan, adakah keputusan ini bakal mengoyahkan kedudukan kerajaan Selangor yang ada pada hari ini?

Umum sedia maklum bahawa PAS mempunyai tiga Exco di dalam kerajaan negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali. Melihat kepada kemahuan kuat akar umbi PAS ini, bagaimana pula nasib Exco PAS ini? Paling utama, mampukah Azmin terus kekal menerajui kerajaan Selangor setelah Exconya sendiri meninggalkan pakatan yang dibentuk?

Sekiranya kita mengambil keputusan PAS sebagai sandaran, kedudukan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Azmin, memang berada dalam keadaan yang cukup goyah. Mari kita lihat kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Selangor.

Hari ini, kerajaan Pakatan Harapan di Selangor mempunyai 30 kerusi DUN dengan DAP menguasai 15 kerusi, PKR (13) dan PAN (dua) manakala PAS (13), Barisan Nasional, 12 (12) serta Bebas (satu kerusi).

Dengan keputusan yang dibuat dalam Muktamar PAS semalam, maka kedudukan kerusi terkini juga bakal berubah.

DAP – 15

PKR – 13

PAN – 2

Jumlah keseluruhan –  30 Kerusi

Manakala di pihak pembangkang di Selangor pula,

PAS – 13

Barisan Nasional – 12

BEBAS – 1

Jumlah keseluruhan – 26 Kerusi

Melihat akan kedudukan ini, Azmin hanya menerajui kerajaan Selangor dengan majoriti yang cukup tipis. Hanya tiga kerusi diperlukan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.

Dalam arena politik hari ini, bukan satu perkara mengejutkan andai ada antara ADUN yang bertindak meninggalkan parti untuk membentuk kerajaan baru di Selangor. Sejarah di Perak telah membuktikan bahawa ia bukan mustahil.

Melihat kepada hasil kemahuan akar umbi pada Muktamar PAS kali ke 63 di Alor Setar semalam, nampaknya, penolakan mereka terhadap PKR benar-benar serius dan bukan satu perkara mustahil, jika percaturan politik ini benar-benar berlaku, Selangor mungkin akan mendapat seorang Menteri Besar yang baru.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan