Kerajaan Serah Kepada Peguam Negara Tentukan Tindakan Berhubung Isu Scorpene @SUARAM_INTL #FitnahPR - pakdin.my

Kerajaan menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada tindakan undang-undang perlu diambil terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Suaram tetap memainkan isu berkenaan walaupun kerajaan telah banyak kali menjelaskan bahawa pembelian Scorpene adalah mengikut prosedur yang betul.

“Saya telah beritahu perkara ini banyak kali sama ada dalam Parlimen atau dalam mana-mana sidang akhbar. Tapi Suaram masih terus dengan agenda politik mereka. Mereka akan memutar belit isu ini untuk kepentingan politik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan seorang pendakwa kerajaan Perancis Yves Charpenal yang menafikan laporan media yang tersebar di beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Ia berikutan satu aduan Suaram yang difailkan pada 2009 mengenai syarikat berkenaan yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu.

Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini mendesak Kementerian Pertahanan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnah kerajaan berhubung pembelian kapal selam itu.

Ahmad Zahid menjelaskan bahawa kerajaan sangat telus berhubung pembelian kapal selam itu dan menggesa Suaram berhenti memainkan isu berkenaan.

“Saya rasa mereka perlu menghentikan isu ini dan mereka perlu mengakui kenyataan bahawa transaksi Scorpene mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata sebagai rakyat yang setia, Suaram perlu lebih bertanggungjawab untuk mendapatkan fakta yang betul.

“Mereka bukan sahaja menipu tetapi bermain dengan sentimen yang bukan berdasarkan fakta tetapi menjadikannya sebagai isu politik dan dipergunakan orang lain,” katanya.

 

Suaram Wajar Lakukan Harakiri

Orang kuat di sebalik isu kapal selam : Pengrah Eksekutif SUARAM , Cynthia Gabriel (tengah) dan kanan, Fadiah Nadwa Fikri, peguam cabang PKR, Lawyers for Liberty (LFL)Suatu ketika dulu di Jepun tatkala zaman keperwiraan para samurai dan ninja, sudah menjadi satu kebiasaan bagi golongan pahlawan tersebut melakukan harakiri dengan menusuk pedang bagi merobek perut sendiri bila mana gagal atau tewas dalam sesuatu pertempuran. Malah dikalangan rakyat Jepun sendiri upacara harakiri juga seperti sudah menjadi satu rutin bagi menebus kesalahan atau perasaan […]

Pendakwa Perancis Sahkan Pembangkang Malaysia Penipu No. 1

SCORPENE TIADA PERBICARAANSUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene. Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka. […]

Tiada Perbicaraan Di Perancis Berhubung Scorpene, Kata Pendakwa Terkemuka Perancis

Yves CharpenelSeorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002. Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara […]

SCORPENE STRATEGI ANWAR ALIH ISU BAJET 2013

dana-asing-taja-suaramSuaram yang menerima dana daripada penyanggak mata wang Yahudi melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd masih terus memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan berhubung isu kapoal selam Scorpene. Terbaru pertubuhan badan bukan kerajaan yang tidak berdaftar secara sah itu telah menganjurkan satu forum bertajuk “Skandal Kapal Selam Buatan Perancis” di Ipoh, Perak 30 September lalu. Walaupun badan itu […]

Jumpa Peguam di Paris Bukti Anwar Dalang Pembohongan Scorpene/Altantuya @SUARAM_INTL #AnwarBohong

ops kantoi suaramAnwar Ibrahim dikatakan berada di Paris, Perancis selepas menghadiri Ceramah Mega Konvoi Royalti di Shah Alam. Perkara ini disebutkannya sendiri ketika berucap di program tersebut. Katanya, peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene ingin mengambil kesempatan bertemu beliau berhubung perkembangan terbaru kes tersebut dan beliau akan mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang perihal ‘komisyen’ yang terlibat dalam […]

Siapa biaya Forum Awam Scorpene? @SUARAM_INTL #AnwarBohong

Siapa Biaya Forum Awam ScorpeneKUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mempersoalkan penganjuran Forum Awam Scorpene di Hotel Excelsior, Ipoh baru-baru ini. Ini kerana forum itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel serta Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Saifuddin Nasution. Katanya, pendedahan pihak […]

Rakyat Berhak Hukum SUARAM – @SUARAM_INTL

ops kantoi suaramWalaupun telah terkantoi menjadi agen asing untuk menjahanamkan demokrasi, SUARAM masih lagi cuba mempertahankan benang basah dengan berhujah bahawa penerimaan dana asing bukan sesuatu yang salah. Lebih dahsyat lagi, Pakatan Rakyat termasuk PAS, sanggup berhujah yang sama, iaitu mengtidak-apakan penerimaan dana dari pertubuhan neo-con dan George Soros yang menjadi dalang menindas, membunuh dan merampas tanah […]

SUARAM-PKR-DAP TIGA SERANGKAI TALI BARUT KUASA ASING

http://www.ned.org/publications/annual-reports/2011-annual-report/asia/malaysiaNGO hak asasi, Suaram tidak senang duduk sejak pendedahan bahawa pertubuhan tersebut telah menerima RM2.4 juta daripada dua dana asing itu Open Society Institute (OSI) dan National Endowment for Democracy antara tahun 2005 hingga 2011. OSI di miliki oleh George Soros, penyangak matawang berbangsa Yahudi Poland yang pernah memporak perandakan ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada […]

DANA ASING BIAYAI SUARAM UNTUK ROSAKKAN MALAYSIA – @SUARAM_INTL

dana-asing-taja-suaramSokongan Transparency Malaysia (TI-M) terhadap penerimaan dana asing oleh pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) tidak mengejutkan. Ini kerana sokongan tersebut mengikut budaya seperti kata pepatah Inggeris, ‘birds of a feather flock together’ atau burung yang sebulu akan berkelompok sama. Ini kerana TI-M merupakan satu cawangan atau ‘chapter’ daripada TI yang berpusat di […]

Isu Scorpene: Tuduhan Tidak Berasas #FitnahPR

DATUK Zulkifli NoordinDatuk Zulkifli Noordin semalam telah menangkis tuduhan tidak berasas yang ditimbulkan terhadap isu kapal semalam Scorpene dan kes yang berlaku di mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak pembangkang. Bekas peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang di mana tujuan mereka untuk meraih […]

UTAMAPOLITIKKerajaan Serah Kepada Peguam Negara Tentukan Tindakan Berhubung Isu Scorpene @SUARAM_INTL #FitnahPR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium