Kerajaan tanpa Amanah, DAP: Pembangkang dijadikan kambing hitam – Hishammuddin - pakdin.my

Bekas Menteri Pertahanan itu juga menepis tuduhan yang dianggapnya tidak berasas

Pakatan Harapan terbukti mempunyai masalah dalaman antara satu sama lain sehingga sanggup menuduh berlaku gerakan mewujudkan kerajaan baharu tanpa Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang didakwa mengepalai gerakan tersebut berkata, keretakan hubungan gabungan itu kini terbukti namun cuba ditutupi dengan menjadikan parti pembangkang sebagai kambing hitam.

Bekas Menteri Pertahanan itu juga menepis tuduhan yang dianggapnya tidak berasas.

“Tuduhan itu lagi tidak masuk akal. Saya tanya dia nak kempen apa PRU bukan esok, jadi saya tidak faham.

“Saya tengok bahawa apa yang berlaku sekarang satu signal bahawa semuanya tidak baik dalam Pakatan Harapan. Saya tidak akan benarkan BN, UMNO atau Sembrong jadi kambing hitam kepada isu dalaman mereka sendiri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Semalam Pakatan Harapan menerusi kenyataan media yang tandatangani oleh Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya; Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir; dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, Hishamuddin menggerakkan mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah.

Dakwaan ini disuarakan berdasarkan penulisan Hishammuddin dan wawancaranya yang kelihatan cenderung memberi isyarat akan kembali kepada politik dan pentadbiran berasaskan kaum.

Mengulas lanjut Hishamuddin menegaskan penulisannya sebelum ini berkisar tentang kesatuan, sama sekali tidak menyentuh tentang perkauman.-MalaysiaGazette

UTAMAPOLITIKKerajaan tanpa Amanah, DAP: Pembangkang dijadikan kambing hitam – Hishammuddin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium