27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Kerajaan teruskan program MyBrain bantu mahasiwa sambung pengajian, kata menteri

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kembali program MyBrain15 yang ditangguh ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Menterinya Noraini Ahmad berkata, program itu akan dilaksanakan menggunakan kaedah baru yang kini dalam proses kelulusan Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

“MyBrain15 sebenarnya telah dilaksanakan dalam RMK-10 dan RMK-11. MyBrain15 ini telah berjaya menaja seramai 56,910 pelajar mengikuti program di peringkat pasca siswazah dan sehingga Jun (2020), 34,207 pelajar bejaya menamatkan pengajian.

“Mengambil kira pencapaian program berkenaan, KPT berhasrat untuk melaksanakan program baru MyBrain yang memfokuskan kepada penajaan pelajar di peringkat pasca siswazah sebagai kesinambungan daripada program MyBrain15 yang ditangguhkan sebelum ini.

“Jadi KPT berhasrat menjadikan program berkenaan sebagai program jangka panjang yang akan dilaksanakan sepanjang RMK-12.

“Cadangan program baru berkenaan telah dikemukakan kepada pihak EPU untuk pertimbangan dan kelulusan.

“Sekiranya mendapat kelulusan oleh EPU, pelaksanaan program baru ini akan meningkatkan program intelektual akdemik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sesi pengulungan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 bagi KPT.

Terdahulu, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) dan Sabri Azit (PAS-Jerai) meminta kerajaan memaklumkan status terkini program MyBrain sama ada ia akan diteruskan di bawah kerajaan PN selepas ditangguhkan kerajaan PH.

Pada 2018, di bawah pentadbiran PH, KPT berkata, program MyBrain15 iaitu skim pembiayaan pendidikan oleh kementerian itu untuk ijazah sarjana dan kedoktoran yang dilaksanakan sebelum itu ditangguhkan kerana dana diperuntukkan untuk program itu tidak mencukupi.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan