31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Kerajaan tidak bercadang laksana polisi jangka hayat kenderaan

image

Dewan Negara hari ini dimaklumkan kerajaan tidak bercadang melaksanakan polisi jangka hayat kenderaan seperti yang dilaksana di negara-negara maju.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, sebarang cadangan berhubung perkara itu perlu diperhalusi dari aspek sosioekonomi kepada rakyat dan negara selain konsultasi semua pihak berkepentingan.

Katanya kenyataan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) itu bersandarkan penemuan mereka dan tidak ada implikasi terhadap dasar atau keputusan kerajaan.

“Kenyataan yang dikeluarkan Miros sebelum ini adalah mengenai kenderaan yang melebihi usia 12 tahun yang tidak selamat digunakan di jalan raya atas beberapa faktor.

“Mungkin terdapat pelbagai kerosakan yang tidak disedari oleh pemandu atau pemilik kenderaan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik kenderaan untuk memastikan sesebuah kenderaan berada dalam keadaan baik dan ’roadworthy’ demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” katanya menjawab soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad.

Beliau menjelaskan, jangka hayat kenderaan tidak hanya bergantung kepada teknologi pembuatannya tapi juga aspek penyelenggaraan selain penggunaan alat ganti tulen.

Berita Berkaitan

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan