Kerajaan Zalim PH batal permit Jualan Barangan Dapur anjuran Ahli Parlimen Putrajaya

Betapa zalimnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga sanggup membatalkan kelulusan awal terhadap satu program oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berniat mahu mengurangkan penderitaan rakyat ketika harga barangan dapur semakin membebankan.

Ahli Parlimen Putrajaya, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sepatutnya menganjurkan program jualan barang keperluan asas seperti beras, ayam, telur dan lain-lain dengan setengah harga pasaran di Padang Komuniti Presint 9 pada esok Selasa dan Rabu, namun niat baiknya telah dihalang oleh pihak kerajaan.

Berikut adalah hantaran mesej oleh Ahli Parlimen berkenaan dalam satu group whatsaap :

“TERPAKSA DIBATALKAN kerana kelulusan ditarik balik oleh puak-puak yang berkuasa.

Maaf rakyat PUTRAJAYA kerana niat saya hendak meringankan beban rakyat tetapi tempat penjualan selepas diluluskan ditarik balik tidak diberi kebenaran untuk mengunakannya. Kita telah bayar sewa, telah beli barang-barang keperluan asas seperti beras, ayam, telur dan lain-lain tetapi lewat petang ini pegawai saya telah dimaklumkan mereka menarik balik kelulusan.

Niat saya hendak jual kepada rakyat dengan setengah harga pasaran. Dua hari telah dipilih 26 dan 27hb November dan akan diadakan seterusnya tiap-tiap bulan.

Ini lah kerajaan yang berkuasa sekarang saya tidak minta pun bantuan kerajaan tetapi saya rasa sedih sebagai wakil rakyat saya tidak dibenarkan mengguna tempat yang dibina untuk rakyat dan untuk membantu rakyat. Kerajaan zalim.”

Rakyat nilaikanlah sendiri kezaliman kerajaan PH. Jika tidak mampu mengurangkan beban rakyat, janganlah pula menghalang jika ada mana-mana pihak mahu membantu.

Berkaitan