#KerajaanGagal kembalikan kuarantin 14 hari kerana varian Afrika Selatan pertama dikesan telah keluar dari Selangor - pakdin.my

Baru faham kenapa kerajaan tiba-tiba naikkan kembali tempoh kuarantin ke 14 hari untuk mengurangkan risiko.

Vairan Afrika Selatan telah berjaya merebak keluar dari tiga kluster asal di Selangor.

Sebanyak 21 kes kini dikaitkan dengan varian B.1.351 di Malaysia.

Sepatutnya tempoh kuarantin dipulihkan ke 14 hari pada bulan Disember lalu.

…………………

Varian Afrika Selatan pertama dikesan luar Selangor

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan empat lagi kes jangkitan varian Afrika Selatan B.1.351.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes itu dikesan menerusi pengawasan genom Covid-19 dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan dari 15 hingga 23 April.

“Tiga dilaporkan di daerah Kuala Langat, manakala satu lagi kes adalah yang pertama di luar Selangor, yang disahkan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

Sebanyak 21 kes kini dikaitkan dengan B.1.351 di Malaysia.

Noor Hisham turut mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mengenakan sekatan lebih ketat terhadap pengembara dari negara dengan kes dikaitkan dengan varian SARS-CoV-2, atau dikelaskan sebagai “variants of concern”.

Katanya, melanjutkan tempoh kuarantin dari 10 kepada 14 hari akan membantu mengurangkan risiko varian berkenana di negara ini.

UTAMABERITAAM#KerajaanGagal kembalikan kuarantin 14 hari kerana varian Afrika Selatan pertama dikesan telah...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium