#KERAjaanTomato Masih Blurr - pakdin.my

#RejimMahathirDiktator

Nampaknya rejim Pakatan Harapan masih blur… tak tahu nak buat apa bila jadi kerajaan. Masa terus berjalan…

Kalau di pejabat kementerian pendidikan, para pegawai mula tak senang duduk. Punyalah banyak perkara penting yang hendak diselesaikan. Tapi menteri pro Mahathir fokus pada kasut hitam.

Di Parlimen juga begitu.

Etika pemakaian dijadikan isu paling besar. Pelawat diarahkan memakai pakaian serba hitam termasuk kasut.

Saat kos sara hidup semakin meningkat, kadar GST 0% yang tidak mengurangkan harga barang, pelawat termasuk wartawan yang setiap hari membuat liputan di Parlimen terpaksa berbelanja untuk membeli kelengkapan tersebut.

Ketika pentadbiran Barisan Nasional dulu, kita lebih demokrasi, diberi ruang dan tiada istilah diktator. Kau tidak dipaksa untuk ikut arahan yang tidak masuk akal.

Adakah selepas ini hendak makan pun kena tunggu arahan sang diktator?

……..
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/pakatan-harapan

UTAMAPOLITIK#KERAjaanTomato Masih Blurr

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium