Kereta Myvi Milik Tan Sri Hangus Terbakar, Pemandu Rentung Di Bukit Damansara - pakdin.my

Kereta-Myvi-Milik-Tan-Sri-Hangus

Satu mayat rentung ditemui di dalam sebuah kereta Perodua Myvi, milik seorang kenamaan, yang hangus terbakar di kawasan lapang di atas bukit berhampiran tangki air di Bukit Damansara hari ini.

Kebakaran itu menyebabkan kenderaan itu terbakar 100 peratus dan sehingga berita ini ditulis identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Bagaimanapun semakan yang dibuat oleh polis pada nombor casis kereta terbabit mendapati pemiliknya ialah seorang lelaki bergelar Tan Sri dari kawasan berhampiran, dan kereta berkenaan sebelum itu dipercayai digunakan oleh seorang anak lelakinya berusia 40-an.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata polis menerima panggilan berkenaan kejadian itu daripada pengawal keselamatan di kawasan berkenaan pada 10.34 pagi.

“Pemilik kereta bergelar Tan Sri berusia 80 tahun itu memaklumkan keretanya dipandu anaknya (dipercayai anak lelaki) yang keluar rumah kira-kira 9 pagi. Anaknya mempunyai Alzheimer iatu penyakit lupa dan perlu makan ubat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Azlee berkata mayat berkenaan tidak dapat dikenal pasti dan kini dibawa ke hospital untuk dibuat perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA) bagi tujuan mengenal pasti mangsa.

“Tiada elemen atau tanda-tanda jenayah di sekitar tempat kejadian. Pasukan forensik akan menjalankan siasatan bagi menentukan punca dan kejadian kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas Rodzlan Othman berkata pusat gerakan operasi bomba menerima panggilan pukul 10.27 pagi dan ketika pihaknya tiba kereta berkenaan sudah 50 peratus terbakar.

“Kita berjaya memadamkan api kira-kira pukul 11.03 minit dan selepas selesai kita kesan ada mayat di dalamnya, namun tidak dapat dikenal pasti jantinanya. Mayat berkenaan telah diambil pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Mengulas lanjut Rodzlan percaya kebakaran berkenaan bukan disebabkan kemalangan tetapi siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Dalam kereta berkenaan kita turut menjumpai bangku yang selalunya digunakan orang kurang upaya. Selain itu kita juga menjumpai dua pemetik api,” katanya.

UTAMABERITAKereta Myvi Milik Tan Sri Hangus Terbakar, Pemandu Rentung Di Bukit Damansara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium