Kereta ‘naik’ lori… helah suami isteri nak balik kampung tersangkut di roadblock pelabuhan - pakdin.my

MATLAMAT utama untuk pulang ke kampung halaman dan kerana itu juga mereka berusaha untuk memastikan hasrat menjadi kenyataan.

Kejadian pada Ahad kira-kira pukul 1 petang di Kota Semarang, Jawa Tengah itu melibatkan sepasang suami isteri yang mahu pulang ke Lampung.

Pasangan itu telah menggunakan khidmat sebuah lori untuk mengangkut kenderaan mereka dengan keduanya duduk di sebelah pemandu lori berkenaan.

Mengikut perancangan, pasangan suami isteri itu mahu menyeberang dari Pelabuhan Merak ke Pelabuhan Bakauheni.

Pegawai trafik Cilegon, Ali Rahman Cipta Perwira berkata, pemeriksaan ke atas lori yang ditutup kanvas dilakukan semasa sekatan jalan raya di Pelabuhan Merak.

“Petugas menemukan lori itu membawa kenderaan untuk ke Lampung dan mengarahkan pemandunya berpatah balik,” kata Ali.

Katanya, siasatan mendapati pasangan itu membelanjakan Rp. 2 juta (kira-kira RM600) untuk menyembunyikan kereta mereka.

Sejak seminggu lalu, Pelabuhan Merak tidak membenarkan penumpang menyeberang kecuali kenderaan logistik, ubat, van jenazah atau ambulans.

Sebelum itu, Presiden Joko Widodo mengumumkan melarang mudik bagi memutus rantaian penyebaran virus Covid-29.

Malahan, larangan mudik untuk kenderaan bermotor berlangsung hingga 31 Mei, kereta api (hingga 15 Jun), pengangkutan laut (hingga 8 Jun) dan penerbangan sehingga 1 Jun.-kompas.com

UTAMADUNIAKereta 'naik' lori... helah suami isteri nak balik kampung tersangkut di roadblock...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium