Kereta Nasional Ke-3: CEO DreamEDGE yang keliru, Ka Siong ada bukti pegangan syarikat

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menempelak kenyataan
Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan bahawa beliau cuba mengelirukan rakyat.

Ka Siong berkata, beliau mempunyai bukti mengenai pegangan saham syarikat itu berdasarkan kepada maklumat yang dibeli daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), semalam.

“Saya ingat dia (CEO DreamEDGE) yang keliru. Saya beli maklumat dari SSM jam 3 petang semalam.

“Kecuali maklumat daripada SSM itu tidak tepat. Bukan curi tapi saya beli dengan harga RM20,” katanya dalam sidang media hari ini ibu pejabat MCA.

Ka Siong ditanya mengenai kenyataan Khairil Adri bahawa VentureTECH hanya memiliki pegangan 10 peratus dalam DreamEDGE.

VentureTECH adalah 100 peratus milik Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT).

Malah katanya, dakwaan Ahli Parlimen Ayer Itam itu bahawa VentureTECH pemegang saham terbesar syarikat DreamEDGE adalah tidak benar sama sekali.

Ka Siong semalam mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berbohong mengenai projek kereta nasional ketiga hanya menggunakan wang daripada syarikat sahaja.
BACA sini: Kereta Nasional Ke-3: Guan Eng kantoi menipu lagi

Kereta Nasional Ke-3: Guan Eng kantoi menipu lagi

Ini kerana, katanya, projek kereta nasional ketiga dianugerahkan kepada syarikat DreamEDGE Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata beliau tidak mahu menjadikan syarikat berkenaan sebagai sasaran namun mendesak agar Guan Eng memberitahu umum bagaimana syarikat itu memperoleh projek kereta ketiga itu daripada kerajaan.

“Saya cuma nak buktikan tidak kira satu peratus, sepuluh peratus atau 50 peratus (pegangan saham), kalau itu melibatkan kerajaan bermaksud duit rakyat terlibat.

“Saya cuma nak buktikan perkara itu. Menteri sepatutnya umumkan isu ini. Dia tidak bagi tahu bagaimana syarikat itu mendapat pemegang saham.

“Kalau nak cari maklumat itu, saya masih ada maklumat SSM itu. Saya buat kajian dan bayar untuk dapatkan maklumat itu,” katanya lagi.

Ka Siong semalam turut mendapati dakwaan Putrajaya bahawa projek kereta nasonal terbaru tidak melibatkan dana awam adalah satu pembohongan.

Dalam kenyataan di Facebook, Ka Siong menghalakan kritikannya kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang sebelum ini berkali-kali mengatakan projek berkenaan dibiayai oleh pihak swasta.

Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking  mengumumkan DreamEDGE Sdn Bhd sebagai syarikat utama Malaysia untuk pembangunan kereta nasional ketiga.

DeamEDGE akan membangunkan kereta nasional ke-3 itu dengan kerjasama Daihatsu Motors di Jepun, yang bakal menyaksikan model pertamanya siap pada 2021 dan pengeluaran bermula pada 2031.

* Nota tapak kaki:
Buat lah kereta nasional ke berapa sekali pun jangan ambil kesempatan nak bagi keluarga jadi vendor utama.