Kereta Pegawai SPRM Disimbah Cat Merah - pakdin.my

 

Dipercayai berang dengan tindakan tegas SPRM Putrajaya menggempur lori pasir sekitar Selangor dan Perak, kereta Penolong Kanan Penguatkuasa SPRM, Mohd Yussof Zakaria disimbah cat merah.

Kejadian disedarinya 7.15 pagi tadi ketika hendak keluar bertugas.

Kereta di letak di luar perkarangan rumah itu di percayai disimbah cat oleh individu yang dipercayai marah dengan operasi dijalankan minggu lepas.

Mohd Yussof kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid yang dihubungi mengesahkan kejadian.

UTAMABERITAKereta Pegawai SPRM Disimbah Cat Merah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium